Hari tujuh…
Fikiran Cinta tidak keruan pagi itu. Segalanya serba tak kena. Mahu saja dia menghentakkan kepalanya ke dinding. Di lihat wajahnya di cermin. Segaris parut panjang terlihat di lehernya. Memang jelas. Diambilnya foundation powder, lalu disapu rata di bahagian lehernya. Kepuasan jelas ternyata di wajah Cinta bila parutnya tidak lagi kelihatan. Diulis sedikit makeup diwajahnya. Disemburnya perfume Christina Aguilera kegemarannya. Wangi. Lalu beg tangan Gucci dicapai, mengatur langkahnya ke ruang makan.
“Wanginya Ara. Kamu nak ke mana,” ujar Pn. Lisa.
“Ara nak pegi keje la Ma. Ade appointment dengan client hari ni,” Ujar Ara.
“Baguslah. Kamu dah semakin baik mak tengok. Nanti drive elok-elok ye. Minum air tu dulu, jamah kuih. Nanti perut kosong, tak boleh pulak nak buat kerja,” tazkirah pagi Pn. Lisa sudah bermula.
“Baik ma. Sedap keria ni, pandai ma buat,” puji Ara terus mencapai briefcasenya dan keluar menuju ke Perodua Viva putihnya. Pn. Lisa mengekori anak dadisnya itu.
“Ara pergi dulu ma. Kirim salam papa,” ujar Ara lantas mencium tangan mamanya. Pn. Lisa tersenyum melihat perkembangan keadaan anak sulungnya, Cinta Zaharah.
*************************************************************************************
“Macam mane dengan keadaan anak saya doktor?” ujar Datuk Ismail, mahukan kepastian.
“Anak Datuk still belum sihat sepenuhnya. Akibat hentaman yang cukup kuat ketika accident tempoh hari, he might be lost a part of his memory. So, to recover his memory, he needs a good support, physically and mentally. For this time, I terpaksa tahan die dulu,” ujar Dr. Jufrey sambil mecatit sesuatu pada borang pesakit.
“You meen that my son is mental disorder?” berkerut dahi Datuk Ismail.
“Yes, tapi bukan secara keseluruhan. Insya Allah dengan bantuan dari orang yang rapat dengan dia, ingatan Iman akan pulih dengan lebih cepat. Cuba elakkan dia dari peristiwa sedih. Try build a new environment for him. In order, bawaklah die ke tempat-tempat yang boleh membantu memulihkan ingatannya,” panjang lebar ulasan Dr, Jufrey. Datuk Ismail hanya mengangguk. Seaakan mengerti tindakkan selanjutnya bagi memulihkan anak kesayangannya itu.
*************************************************************************************
Jibriel Ali melangkah dengan penuh keyakinan. Langkahnya persis seorang model. Pintu bilik di ketuknya perlahan. Tertera plak jawatan, Junior Arkitek.
“Masuk,” ujar Cinta.
“Hye sayang, you sihat” ujar Ali selamba. Terkejut Cinta dibuatnya.
“Kau nak ape ha? Kau jangan ganggu aku lagi. Pergi! Aku tak nak tengok muke kau lagi!” gertak Cinta sambil membaling fail ke arah Ali. Nasib Ali pantas mengelak.
“Wait, wait Cinta. Aku datang ni bukan nak ganggu kau. Cuma aku nak bagitau kau yang adik kembar kau dah mula menggatal dengan adik aku!” tegas Ali.
“Huh?” berkerut muka Cinta.
“Betul, aku nampak dengan mata kepala aku sendiri. Die ade melawat Mika dekat I.C.U semalam. Kau tahu tak yang Mika kene langgar lari?” soal Ali. Peluh mula menitis di muka Cinta. Gemuruh dengan persoalan Ali.
“Err… I tak taw pun. Serius ke?” pura Cinta. Pandai sungguh dia berlakon.
“This morning, my dad told me that die dah sedar, but something wrong with his memory,” terang Ali. Cinta tersenyum puas. Dendamnya kini terbalas. Seluruh jiwanya kini kembali.
“Yang kau ni tersenyum kenape pulak?” Ali pelik.
“Hish, mane ade aku senyum? Aku sedih ni. Tak nampak ke muke aku sedih?” Cinta cube menipu Ali.
“By the way Ali, thanks for the information,”
“Thanks je?” usik Ali nakal. Cinta menyua penumbuk ke muka Ali.
“Ni kau nak?” jerkah Cinta.
“Ok, ok. Aku main-main je la. Ok la, I have work to do. Bye,” ujar Ali terus melangkah keluar dari bilik Cinta. Walau mereka sepejabat, akibat kesihatan Cinta yang tidak stabil, mereka jarang bertemu.
Mata Cinta meliar, memastikan Ali sedah keluar dari biliknya. Cinta membuka lacinya, mengambil frame gambar, lalu memangkah muka lelaki berselipar kuning dengan marker merah. Siaplah kau Mika!
*************************************************************************************
Cinta menolak perlahan pintu wad rawatan rapi. Terkesima. Katil Mika kosong! Meluru Cinta ke kaunter pertanyaan. Inginkan kepastian.
“Assalamualaikum, tumpang tanya. Pesakit yang bernama Mikael Iman Datuk Ismail dalam bilik Delima 3 dah keluar ke?” soal cinta kepada jururawat bertugas.
“Oh, En. Mikael? Belum. Die dah sedar dan dipindahkan ke wad biase. Wad Berlian 2,” ujar jururawat muda, penuh sopan.
“Oh ok. Thanks for the information,” pantas Cinta melangkah. Tidak sabar rasanya ingin berjumpa dengan Mika. Bunga ros putih di tangannya dikucup lembut. Moga Mika cepat sembuh.
*************************************************************************************
“Makan bubur ni Iman, mak dah masak sedap-sedap untuk Iman,” ujar Datin Ruby sambil meyuakan sesudu bubur ke mulut Iman. Iman membuka mulutnya, cuba menelan masakan emaknya. Namun, pantas tekaknya menolak.
“Iman kan suka makan bubur ayam ni. Mak dah masak banyak untuk Iman,” Iman hanya diam, tiada respon. Riak mukanya sedikit pun tiada perubahan. Datin Ruby perasan perubahan pada sikap Iman.
“Mari bubur tu mak cik, biar saya suapkan,” ujar Wazi yang sejak dari tadi melihat kepayahan datin Ruby memberi Mika makan.
“Mika, bukak mulut bro. Kau sanggup ke lihat mak kau macam ni? Penat dia masak untuk kau ni. Makanlah sikit bro,” pujuk Wazi lembut. Akhirnya Mika mengalah. Habis semangkuk bubur ayam dimakannya. Mika meminta bantuan ke bilik air. Wazi memapah Mika. Jelas terlihat keakraban persabatan mereka.
“Terima kasih Wazi. Mak cik tak taw nak buat ape lagi. Nasib baik Wazi ade. Nak jugaklah Mika ni makan,” ujar Datin Ruby sebak sambil mengemas bekas bubur ayam.
“Biasala mak cik, Mika ni dah biasa dengan saya. Tu yang dia boleh makan bila saya suap,” ujar Wazi. Semakin erat hubungan Wazi dengan emak angkatnya itu.
“Assalamualaikum,” ujar Cinta lembut. Ditolaknya pintu perlahan. Perbualan Wazi dan datin Ruby terhenti.
“Eh, Cinta. Masuklah. Mak cik, saye kenalkan ni Cinta Khadijah, kawan Mika. Cinta, ni emak Mika, Datin Ruby,”
“Ape khabar Datin?” sapa Cinta lembut.
“Takpayalah berdatin-datin. Panggil aunty Ruby je” ujar Datin Ruby mesra.
“Wey perempuan! Kau siape ha? Kau keluar sekarang! Aku tak kenal kau! Pergi!” jerit Mika. Datin Ruby dan Wazi terkejut dengan jeritan Mika. Air muka Cinta berubah. Pucat! Air matanya berlinang.
“Ape yang kau tercegat lagi kat situ? Aku kate keluar, keluar lah!” tinggi nada Mika. Dadanya berombak. Terlepas jambangan ros putih dari tangan Cinta. Air matanya mula mengalir. Laju dia melangkah keluar dari bilik rawatan. Wazi cuba mengejar. Datin Ruby cuba menenangkan anaknya itu. Merah padam muka Mika.
2 comments:
salam kunjungan dari
http://suarapeople.blogspot.com
cantik blog kamu ;p
http://cat-and-girl.blogspot.com/
U have a good blog...but
I ENJOY THE FREE DOMAIN AND FREE HOSTING!!!
Let Change you domain blog with your name.
visit here
domain-myname.co.cc
Post a Comment