MUKA DUA BELAS
Kedinginan malam menyapa Datuk Hambali yang hanya berpeluk tubuh di balkoni biliknya. Terasa sunyi malam itu. Isterinya masih lagi terlantar di hospital. Anak bungsunya sudah kembali menghadap Ilahi buat selamanya. Ezhan pula, sudah hilang entah ke mana. Hanya Erham sahaja yang menemaninya.
“Papa, ni kopi untuk papa,” ujar Erham sambil membawa dengan penuh cermat secawan kopi untuk papanya.
“Terima kasih Am,” ujar Datuk Hambali sambil menghirup kopi itu perlahan.
“Papa. Erham nak tanya satu soalan boleh?”
“Boleh Am. Nak tanye banyak pun takpe,” ujar Datuk Hambali.
“Siapa sebenarnya mama?” soal Erham. Datuk Hambali terkejut. Hampir tersembur kopi yang diminumnya.
“Kenapa Am tanya soalan macam tu?” soal Datuk Hambali kembali.
“Am jumpa gambar ni dalam pos box depan,” ujar Erham sambil menyerahkan sampul surat putih kepada Datuk Hambali. Dikeluarkan isi sampul surat itu. Kelihatan gambar lama isterinya dengan bekas suaminya, Hj. Zakey.
“Err, ni gambar lama mama ni,” ujar Datuk Hambali ringkas.
“Siapa lelaki sebelah mama tu? Nak kata papa, lain benar rupenye,” duga Erham inginkan kepastian. Datuk Hambali mengurut dadanya perlahan.
“Ni arwah adik mama ni. Hazman. Dah lama dah die meninggal,” ujar Datuk Hambali cuba menyembunyikan hal yang sebenar. Dia tidak mahu Erham mengetahui siapa sebenarnya emak tirinya itu.
“Tapi kan papa, Erham macam pernah tengok muke lelaki tu. Ada iras-iras kawan papa,” tersentak Datuk Hambali mendengar kata-kata Erham. Adakah Erham kenal lelaki itu? Getus hati Datuk Hambali dalam hati.
**********************************************************************************
Seterusnya....
Ezhan membuka topeng putihnya lalu diletakkan di atas meja. Peluh membasahi seluruh tubuhnya. Akhirnya segala bebannya berakhir. Mayat Tommy telah dibakar dan abunya telah dibuang ke dalam sungai. Puas hatinya. Harapkan pagar, pagar makan padi. Getus hati Ezhan. Pandangannya jauh dicampakkan ke kesibukkan Bandar Johor Bharu. Ditenung gambar ditangannya. Gambar yang selama ini memberikan kekuatan kepadanya untuk meneruskan kehidupan.
“Ibu, maafkan Ezhan bu. An terpaksa buat semua ni,” ujar Ezhan sambil membelai lembut gambar lama arwah ibunya. Air mata Ezhan mula menitis.
“An tahu betapa sakitnya hati ibu bila papa kahwin dengan perempuan tak guna tu. An dan Am rindu kat ibu sangat-sangat. Kenapa ibu sanggup bunuh diri ibu sendiri? Ibu tak kesiankan An dengan Am ke?” rintih Ezhan sambil mengesat iar mata yang keluar. Sebak di hatinya tatkala teringatkan ibunya yang menghembuskan nafas terakhir ketika tidak dapat menerima kehadiran perempuan lain sebagai madunya.
“An akan balas dendam untuk ibu,” ujar Ezhan sambil menyisipkan kembali gambar tersebut dalam poket bajunya.
“Kenapa kau nangis?” satu suara dari arah belakang tiba-tiba kedengaran. Terkejut Ezhan bukan kepalang tatkala melihatkan satu susuk tubuh serba hitam dan bertopeng putih berdiri di hadapannya.
“Siapa kau?” ujar Ezhan sambil mengambil parang yang berada di atas meja.
“Kau tak perlu tahu siapa aku. Yang penting, aku nak kau mati malam ni jugak!” gertak lelaki bertopeng putih, seakan topeng yang dimiliki Ezhan. Ezhan yang mula gentar cuba melibas-libaskan parang ke tubuh lelaki itu. Namun, tindakan pantas lelaki itu menendang parang di tangan Ezhan membuatkan Ezhan mula hilang punca. Tubuh Ezhan dihenyak sekuat hati. Ezhan tidak berdaya melawan kekuatan lelaki itu.
“Kau akan mati malam ni jugak Ezhan. Kau adalah penghalang rancangan aku! Aku nak kau mati!” ujar lelaki itu keras. Tubuh Ezhan semakin lembik. Nyawanya seakan kini di hujung tanduk. Dengan sekuat hati, lelaki itu mengangkat Ezhan. Dicampaknya Ezhan dari bumbung bagunan lapan tingkat itu. Berkecai tubuh Ezhan. Darah pekat mengalir deras.
**********************************************************************************
“Awal bangun pagi ni Athir. Selalunya kau liat nak bagun Subuh,” sinis Hjh Soleha sambil menuangkan air milo. Athir hanya tersenyum nipis dengan sindiran emaknya itu. Mulutnya tak henti-henti menguyah jemput-jemput ikan bilis.
“Itu dulu mak. Zaman berubah kan,” ujar Athir ringkas.
“Ye la kamu tu. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudah,”
“Mak nak ikut Athir balik tak? Boleh Athir bawak mak jumpe Safwan,” pelawa Athir sambil menghirup milo panas.
“Boleh jugak. Dah lama mak tak jumpe si Safwan tu. Entah macam mane la budak tu sekarang ni,” ujar Hjh Soleha.
“Ala mak ni, baru berape minggu budak tu tinggalkan mak, mak dah rindu,” Athir cuba menunjukkan cemburunya.
“Yang kamu ni nak cemburu tak bertempat ni kenape? Mak sayang anak mak sama rata. Tak kira la anak kandung ke, anak tiri ke, anak orang ke. Yang penting mak ikhlas jage korang dari kecik sampai ke besar. Mak suapkan korang, mak yang basuh kencing berak korang. Mak tak pernah pilih kasih tahu tak! Cume kamu tu yang terase lebih. Dari kecik sampai ke besar. Tak ubah-ubah hasad dengki kamu tu ye,” bebel Hjh Soleha.
“Mak ni, Athir gurau la. Bukannye Athir dapat ape-ape pun kalau dengki ke, cemburu ke, dengan si Safwan tu. Athir dah ade kehidupan Athir yang baru mak. Athir dah dapat ape yang Athir nak,” balas Athir membela diri.
“Baguslah nak kalau macam tu. Cuma mak hairan la, mane kamu dapat duit banyak-banyak, beli kereta mewah, pakai baju lawa-lawa. Kamu kat JB kerje ape?” soal Hjh Soleha hairan.
“Errrr...Landscape Architect mak,” ujar Athir. Athir tahu, mak die curiga. Berapalah sangat gaji yang diterimanya setiap bulan kalau nak dibandingkan dengan duit yang diberikan oleh Datin Habibah. Memang tak dapatlah aku merasa hidup mewah. Bisik hati Athir.
“Oh ye ke? Tak sabar pulak mak nak naik kerete kamu tu. Lawa,” puji Hjh Habibah. Athir hanya mampu tersenyum.
**********************************************************************************
“You nak ape-ape ke? Kalau nak, I belikan,” ujar Erham.
“I nak susu Dutch Lady strawberry satu,” ujar Imani sambil tersenyum.
“Tu je?” soal Erham. Imani mengangguk. Erham berlalu meninggalkan Imani di dalam kereta. Pantas kakinya melangkah menuju ke kedai Mesra Petronas. Bagaikan terpanggil, Erham meneliti muka depan akhbar Harian Metro.
‘Lelaki dijumpai mati terjatuh dari bangunan lapan tingkat’
Terkejut Erham tatkala membaca tajuk utama Harian Metro itu. Dibacanya penuh teliti. Bagai gugur jantungnya melihat nama adiknya Ezhan Hambali, terbunuh kerana dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan Hong Kok Lee. Mukanya diraup. Berita kematian mengejut Ezhan benar-benar meragut kesedihannya. Jiwanya kacau. Liya baru pergi, mama terlantar di ICU dan sekarang, Ezhan pulak mati! Getus hati Erham.
“Kenape muke you pucat?” soal Imani sebaik Erham memasuki kereta. Erham hanya diam dan menyerahkan akhbar Herian Metro itu kepada Imani.
“Ya Allah! Innalilahi Wa Inna Illaihi Rajiuun. Sabar ya sayang. Berat sungguh ujian Allah terhadap keluarga you,” pujuk Imani lembut. Erham hanya tertunduk membisu. Kepalanya mula serabut. Banyak sungguh masalah yang timbul. Dah la hari ni rahsianya bakal terbongkar di tambah pula berita kematian Ezhan, lagi kusut dibuatnya.
“Kita nak pergi mane dulu ni Am? Nak pergi ambil result ujian HIV or pergi melawat jenazah Ezhan?” soal Imani.
“Kau boleh tolong diam tak!” bentak Erham. Imani terkejut. Tidak pernah sekali pun Erham meninggikan suaranya selama dia berkenalan dengan Erham. Tengkingan Erham benar-benar menyentuh hati lembut Imani. Imani mula menitiskan air mata.
“I’m sorry you. So, so sorry. I tengah serabut ni. I tak de niat nak marah you, sayang,” pujuk Erham.
“Takpe Am. It’s ok. I paham. Just continue your driving,” ujar Imani seakan merajuk.
“Ok, kita pergi ambil result ujian HIV dulu,” ujar Erham membuat keputusan.
**********************************************************************************
“Assalamualaikum. Zakey, oh Zakey,” jerit Hjh Soleha setelah pintu rumah Hj. Zakey tidak dibuka selepas berkali-kali diketuk. Athir dari tadi hanya memerhatikan gelagat emaknya itu.
“Betul ke ni rumahnye mak? Entah-entah salah rumah,” duga Athir.
“Betul la ni. Nombor 45,” ujar Hjh Soleha. Athir cuba membuka pintu.
“Eh, tak kunci la mak,” ujar Athir terus masuk ke dalam rumah Hj. Zakey. Diikuti Hjh Soleha.
“Zakey, oh Zakey. Leha datang ni,” ujar Hjh Soleha. Matanya meliar mencari kelibat Hj. Zakey. Tiba-tiba, pandangan Hjh Soleha tertancap ke arah sekujur tubuh yang terbaring di bahagian dapur.
“Athir! Athir! Mari sini nak. Pak Zakey kamu ni! Cepat Athir!” jerit Hjh Soleha. Athir bingkas mendapatkan emaknya. Dilihatnya, tubuh Hj. Zakey sudah tidak bernyawa. Mulutnya berbuih. Di genggamannya ada sebotol racun tikus. Hjh Soleha mula meraung. Sedih. Hiba dan pilu. Mata Athir terlihatkan sekeping sampul surat di atas dapur yang tertulis “Khas Untuk Mu, Safwan”.
Bersambung...
p/s: kind to leave your feedback and name =) TQ!
.
2 comments:
lepas mati ada lg yg mati..ko makin kejam cik lihin..haha
haha cool!there must be something we dont know bout erham yet..and so do some characters too..yeay!
waiting+wondering..=))
-hasifan
Post a Comment