Pages

V.I.P BLOG KU

Friday, December 3, 2010

MUSLIHAT ( MUKA SEMBILAN )






MUKA SEMBILAN



                Malam semakin pekat. Tiada satu pun bintang yang kelihatan. Hanya bulan sendirian. Kelihatan Ezhan sedang berpeluk tubuh di atas sebuah bangunan. Ezhan mencampakkan pandangannya jauh ke arah bandar raya Johor Bharu. Dia cuba menjerit sekuat hati.

                “ARRRRRRRRGGGGGGGGHHHHHH!!!,” 

                “Kenapa bos?” soal Tommy sebaik sahaja sampai. Dia hairan dengan perangai bosnya itu.

                “Kau boleh tanye kenape?” bentak Ezhan lalu mencekik leher Tommy sekuat hati.

                “Relax bos, lepaskan lah,” pinta Tommy. Ezhan tidak memperdulikan permintaan Tommy. Syaitan mula mengusai dirinya. Amarahnya semakin membuak-buak. Tommy seperti putus nafas.

                “Kenape kau bunuh adik aku? Aku tak bagi arahan lagi kan!” jerit Ezhan. Tangannya semakin kuat mencekik leher Tommy. Tommy bergelut, cuba melepaskan cengkaman Ezhan.

                “Bila masa pulak aku bunuh adik kau? Kau kata esok malam kan! Aku akan buat seperti yang kau kate. Sumpah aku tak bunuh adik kau lagi,” ujar Tommy tersekat - sekat. Ezhan terkejut dengan kenyataan Tommy lalu melepaskan leher Tommy. 

                “Habis siapa yang bunuh adik aku?” 

                “Mana la aku tahu. Aku tak bunuh lagi adik kau. Aku ikut apa yang dah kau rancang. Sumpah bos! Aku tak bunuh!” ujar Tommy cuba mempertahankan diri. Dahi Ezhan semakin berkerut. Habis siapa yang bunuh? Getus hati Ezhan.

                “Ke ada orang lain yang dah tahu rancangan kita ni bos?” duga Tommy.

                “Hoi bodoh! Aku tak pernah dedahkan kat sesiape. Hanya aku dengan kau je yang tahu,” ulas Ezhan. Fikirannya semakin serabut. Macam mana aku nak dapatkan tanda tangan Liya kalau dia dah mati! Dah la die yang paling banyak dapat harta papa! Bisik hati Ezhan.

                “Habis melepaslah kita ni bos?” soal Tommy. Ezhan merenung tajam ke arah Tommy.

                “Kau jangan tanya soalan bodoh boleh tak? Liya dah mati. Dah nak tanam dalam kubur dah. Kau nak suruh mayat sain agreement tu ke? Ade otak pakai la! Ade otak letak kat lutut!” tegas nada Ezhan. Geram dengan soalan bodoh Tommy. Apa yang dirancangnya kini hancur. Musnah!



**********************************************************************************



                Suasana hening menyelubungi tanah perkuburan Mahmoodiah. Awan mendung berarak kelabu,  langit mula pekat, menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa sahaja. Kesemua yang hadir seperti tidak dapat menerima berita kematian Liya. Pelbagai persoalan yang muncul dalam benak setiap yang mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. Imani sentiasa berada di sisi Erham. Cuba memberikan kekuatan kepada Erham. Datin Habibah tidak pernah lekang dengan cermin mata hitamnya kerana matanya bengkak menangisi pemergian Liya. Datuk Hambali diam bertafakur. Jenazah Liya yang sudah selamat dikafankan dan disembahyangkan, mula dibawa ke arah tanah yang telah sedia tergali.

                “Sayang, I rasa I macam pernah lah lalui semua ni,” ujar Imani sambil mendongak ke arah Erham. Erham hanya diam seribu bahasa. Ya, memang betul kata Imani. Aku pun pernah mengalami situsasi yang sama. Getus hati Erham.

                “I pernah cakap dekat you yang I pernah mimpi you meninggalkan? Situasinya sama dengan keadaan sekarang. Cuma jenazah je yang berbeza, Liya,” jelas Imani. Erham hanya mengannguk mengiyakan. 

                “Sebenarnya you, I pun pernah dapat mimpi yang sama dengan mimpi you. I sengaja tak nak bagi tahu you. Takut you risau. Tapi, bila benda macam ni dah jadi, I terpaksa bagi tahu you,”

                “Hah, ye ke! Tapi you mimpi siapa yang meninggal?” soal Imani inginkan kepastian.

                “You,” balas Erham ringkas. Terbeliak mata bundar Imani. Terkejut dengan kenyataan Erham.

                “Betul ke you? I takut la. I mimpi you mati. You mimpi I mati. Tapi hari ni, Liya yang mati,” ujar Imani.

                “Ajal maut, jodoh pertemuan semua di tangan Allah sayang. You jangan risau sangat. Setiap yang hidup pasti merasai mati. Cuma tak tahu bila. Sebab itu rahsia Allah. Kita tak tahu mude ke, tue ke kita mati. Bila sampai waktunya, Allah akan tarik nyawa kita. Macam Liya, kita tak sangka yang dia akan pergi selama-lamanya pada usia yang muda,” ujar Erham yang semakin dapat menerima Qada’ dan Qadar.

                “Insya Allah you. I tak kan fikir perkara ni lagi dah. Semoga roh Liya dicucuri rahmat dan ditempatkan di golongan orang yang beriman,” ujar Imani lembut. Sayu hati Imani melihat jenazah Liya mula dikambus dengan tanah. Hujan mula menitis, seakan menangisi pemergian Liya.



**********************************************************************************



                Hujan renyai-renyai yang turun membasahi bumi. Datuk Hambali dan Datin Habibah melangkah lesu menuju ke kereta dipayungi oleh Pak Daud dan Safwan. Orang ramai yang hadir telah beransur pulang. Begitu juga Erham dan Imani. Hanya Ezhan yang tidak nampak batang hidungnya.

                “Mana Ezhan ye bang? Kenape dia tak datang majlis pengebumian Liya? Kalau dia tak suka Liya pun, at least bagi la penghormatan terakhir buat Liya,” sebak nada Datin Habibah.

                “I pun tak tahu lah you. Erham kate malam tadi die tumbuk si Safwan ni. Tu yang muka Safwan lebam,” ujar Datuk Hambali sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. 

                “Oh patut la muka Safwan lebam. You ok ke Safwan? I mintak maaf bagi pihak anak I,” ujar Datin Habibah bersimpati.

                “Saya tak apa-apa Datin. Sikit je pun. Hal kecik je ni,” ujar Safwan lalu meneruskan perjalanan pulang ke banglo Datuk Hambali. Kali ini, tiba giliran Safwan untuk memandu sambil diperhatikan Pak Daud.

                “You, I mintak maaf sangat-sangat sebab curang dengan you. I harap you dapat maafkan I,” pinta Datin Habibah sambil mengucup lembut tangan Datuk Hambali. Datuk Hambali membelai kepala isterinya itu.

                “I maafkan you dan I harap you dapat terima Nafisah sebagai madu you. I tak nak you dengan die gaduh-gaduh. Dia perempuan baik. Solehah. Insya Allah, I janji. I akan bahagi kasih seadil-adilnya,” ujar Datuk Hambali. Datin Habibah mengalirkan air mata sekali lagi. Air mata penyesalan terhadap apa yang telah dia lakukan. Dosa yang besar. Berlaku curang pada suaminya sendiri.

                “I boleh maafkan you. Tapi I harap you dapat bertaubat dengan Allah, Bibah. Sesungguhnya, Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang,” ujar Datuk Hambali.

    Datin Habibah hanya tertunduk kesal. Seakan hilang beban yang ditanggungnya. Pak Daud dan Safwan tersenyum melihat kedua pasangan suami isteri itu telah kembali berdamai. Sesungguhnya, setiap yang berlaku, ada hikmahnya.



**********************************************************************************



                “Assalamualaikum, Mak Leha, oh Mak Leha,” jerit Amer sambil membibit beberapa plastik barang keperluan harian.

                “Waalaikummusalam. Oh, Amer. Ade ape datang ni” soal Hjh Soleha mesra.

                “Ni ha, Hj. Mat ade bagi barang dapur. Kebetulan saya nak balik rumah kejap, tu yang die suruh saye bagi kat Mak Leha,” jelas Amer lalu menghulur plastik tersebut kepada Hjh Soleha.

                “Eh, buat susah-susah je Amer. Cakap terima kasih je la kat Hj. Mat tu. Kamu bawak baliklah barang-barang ni. Mak Leha tak nak. Barang kat dapur tu banyak lagi,” ujar Hjh Soleha cuba menolak pemberian Hj. Mat.

                “Amek la Mak Leha. Ape susah sangat. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari,” ujar Amer cuba menduga Hjh Soleha. 

                “Baiklah, cakap terima kasih dekat Hj. Mat. Pesan dekat die, lain kali tak payah bagi lagi. Mak Leha bukannye takde duit. Duit pencen arwah pun banyak lagi,” ujar Hjh Soleha lalu masuk ke dalam rumahnya.

                “Mak Leha, kejap la,”

                “Apa lagi Amer oi? Aku tengah masak ni, karang hangus pulak ikan gorenga aku tu kang,”

                “Ala Mak Leha, kejap je. Nak tanye sikit ni. Anak Mak Leha yang Safwan tu pergi mane? Lari dari rumah macam abang die jugak ke?” soal Amer menyindir.

                “Kau nak makan nasi gune straw ke Amer? Dah, dah. Pegi balik. Tak payah kau nak jage tepi kain aku,” usir Hjh Soleha. Soalan Amer membuatkan darahnya naik.

                “Orang tanye pun salah,” rungut Amer lalu pergi meninggalkan Hjh Soleha.



**********************************************************************************



                Safwan memberhentikan kereta di Stesen Minyak Petronas untuk mengisi minyak. Datuk memesan akhbar manakala Pak Daud pergi ke tandas. 

                “You, I nak pergi toilet kejap,” pinta Datin Habibah.

                “Aik, pelik lah you ni. Selama ni tak pernah nak mintak izin I. Hari ni nak pergi toilet pun mintak izin I?” seloroh Datuk Hambali. Datin Habibah hanya melirikkan senyuman. Sudah lama dia bersikap dingin dengan suaminya. Kejadiaan semalam benar-benar menyedarkannya.

                “I dah berubah la you,” ringkas Datin Habibah lalu keluar dari kereta. Sebaik sahaja Datin Habibah keluar dari Mercedes Benz hitamnya, tiga das tembakkan dilepaskan. Semua yang berada di stesen minyak tersebut panik. Sekujur tubuh terkulai, layu menyembah bumi.







Bersambung...





p/s: kind to leave your feedback and name =) TQ! 

.

3 comments:

Nieza Micha said...

woahh... datin habibah pulak kene bunuh ke...?O__O

Anonymous said...

errr . makin saspen .

Anonymous said...

wahhhhh..
wonder what will happen at the end of this story!
=)

-hasifan

ShareThis