Pages

V.I.P BLOG KU

Saturday, August 11, 2012

RESEPI BISKUT RAYA: MINI CHOCOLATE TART WITH STRAWBERRY SAUCE FILLING!

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....

"BISKUT RAYA HOME MADE SEBENARNYA LAGI SEDAP DARI KAT KEDAI"


Betul, serius... sebab ade air tangan emak dan kita sendiri....So, untuk hari raya kali ni, aku mulanya malas nak buat biskut raya sebab sibuk untuk persiapan semester akhir degree aku. Tapi, aku luangkan masa untuk buat sesuatu untuk raya tahun ini. Maka, fuhhhhh.... terjadilah Mini Chocolate Tart with Strawberry Sauce Filling... setiap gigitan, ada kejutan :)





Ok, ni resepi Chocolate Tart ni... kalau korang suka, boleh cuba. Kalau tak pun, share lah resepi ni kat FB korang, butang share ade dekat bawah post ini. Ok, straight to the point, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:





Bahan untuk pastri:
250 gram mentega
80 gram gula kastor
20 gram gula perang
2 biji telur
400 gram tepung gandum yang diayak
50 gram Nestle Cornflakes yang dikisar halus
1 sudu teh esen vanilla


Bahan untuk inti (filling):
Jem strawberry (kalau nak best yang cameron punya, yang siap ade cebisan strawberry tu)
300 gram coklat masakan
1 sudu teh perasa Mocha (kalau xde boleh gantikan dengan serbuk nescafe yang dicampur air, pastikan pekat)
Badam untuk hiasan


Cara nak buat? Senang sangat!


Cara-cara menyediakan Mini Chocolate Tart with Strawberry Sauce Filling :

  • Satukan semua bahan untuk buat pastri di dalam mangkuk dan uli sampai sebati. 
  • Ambil sebahagian kecil doh dan tekan di dalam acuan tart dengan jari, pastikan doh jangan terlalu tebal. Selepas itu, cucuk dengan menggunakan garfu supaya shell tart masak sekata.




  • Kemudian, bakar pastri tersebut di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175c, selama 10 minit. Setelah masak, keluarkan dari oven dan bila sejuk, keluarkan pastri dari acuan.

  • Untuk filling, letakkan jem strawberry di dalam pastri tadi dan pastikan jangan memenuhi ruang pastri.
 


  • Selapas itu, cairkan coklat masakan yang telah dipotong dadu dengan kaedah double boil. Masukkan 1 sudu teh perasa Mocha.
  • KAEDAH DOUBLE BOIL: panaskan air dalam frying pan. Letakkan periuk lain di dalam frying pan dan masukkan coklat masakan tersebut di dalam periuk dan kacau sehingga cair.
  • Tuang coklat yang sudah cair dengan mengunnakan sudu sehingga menutupi jem strawberry dan hiaskan dengan badam atau mengikut kreativiti masing-masing :)



Untuk adunan di atas, dapat menghasilkan lebih kuran 100 biji Chocolate Tart. Diharapkan semua dapat mencuba Mini Chocolate Tart with Strawberry Sauce Filling ini untuk dijamu p0ada tetamu yang datang di hari raya nanti :D





p/s: selamat hari raya in advance !

9 comments:

Hani Shaklee said...

pandai nyer buat kuih raya..saya malas betul nak buat kuih raya..sebab leceh..kecik2..kalau buat kek ke pizza ke..saya suke..sebab dapat sebijik besar..hehehe

Noor Atikah Ramli said...

perghh !
rajinnye buat biskut raya ^^

mr.F said...

@Hani Shakleehahaha...usaha lif kajayaan :)

mr.F said...

@Cik Rongoksbiasalah, see the hand laa :P

resepi biskut raya said...

Wah, sedap betul tengok gambarnya, mohon kebenaran utk kongsikan resepi di blog saya ~ resepi biskut raya

Anonymous said...

Telor kunig je kew atau skali telor putih..nak wat tart tu

mr.F said...

@Anonymousputih dan kunig sekali :)

yaya said...

Salam. Coklat tu x cair ke kalau nak jadikan biskut raye, letak dlm balang.

mr.F said...

@yayatak cair :)

ShareThis