Pages

V.I.P BLOG KU

Friday, November 12, 2010

MUSLIHAT ( MUKA TIGA )




MUKA TIGA
               
                Angin malam menyapa lembut pipi Imani. Dingin rasanya. Ruang balkoni Apartment Seri Carcosa yang dihiasi ringkas dengan kerusi taman dari IKEA beserta lampu buatan Imani ketika menuntut dalam jurusan rekaan dalaman di Uitm Perak yang masih lagi disimpan dan digunakan selepas tamat pengajian. Bunyian yang terhasil dari elemen air pancuran  pula menambahkan lagi ketenangan hati Imani. Namun, segalanya bagaikan tidak kena tatkala teringatkan peristiwa yang berlaku ketika makan malam bersama Erham sebentar tadi.

                “Sedap tak macaroni cheese you? Nak rasa I punya?” soal Erham lalu menyuakan meat balls ke mulut Imani. Imani yang terkejut dengan tindakan Erham secara tidak sengaja menepis sudu Erham.

                “Sorry Erham. I tak sengaja,” ujar Imani lalu mengambil sudu yang jatuh ke lantai.

                “It’s ok. Tapi I tengok you dari tadi asyik mengelamun je. Ade ape-ape yang tak kena ke?” soal Erham yang pelik dengan perlakuan Imani.

                “I ok sayang. Cume...” Imani tidak sempat menghabiskan ayatnya. Bagaikan tersekat kata-kata di kerongkongnya.

                “Cume ape sayang? Cube you terus terang je. Orang kalau gelap buka lampu tapi you tak. Asyik nak off je lampu,” sinis Erham.

                “I tak nak kehilangan you Erham. I sayangkan you,”

                “Kan I dah kate tadi. You buka la lampu. Kalau you tutup je, mane nak nampak I?” Erham cuba berseloroh. Ingin menceriakan hati kekasihnya itu.

                “You ni. I serius la! Jangan lah main-main,” Imani mula merajuk. Suapannya terhenti.

                “Ok. Ok. I serius ni. Let me know the story,” pujuk Erham. Senyuman yang terukir di wajah Erham membuakan Imani bertambah geram.

                “You ni. Kenape senyum-senyum macam tu dekat I? I tengah risau ni pasal you ni tau tak?”

                “Eh? I senyum pun salah ke cik Imani Muslaini? Fine. Just tell me what in your mind now. I dengar,” ujar Erham sambil merenung tepat ke arah Imani.

                “Erham, lately I selalu mimpi yang buruk-buruk. Mimpi yang sama pulak tu,”

                “Ok. Mimpi buruk. So?”

                “I mimpi pasal you. I mimpi I ade dekat kawasan kubur. Orang ramai. Hari hujan. Langit gelap. I nampak jenazah you diusung ke liang lahad. I menangis sampai tak ada air mata yang nak keluar lagi dah...I takut,” jelas Imani satu persatu. Erham seakan tekejut dengan apa yang keluar dari mulut Imani. Benar-benar terkejut.

                “You cakap ape ni? It just a dream la sayang. Don’t take it serious. Ni mesti tidur tak basuh kaki,” ujar Erham.

                “Kalau dah berkali-kali mimpi yang sama, apa maksudnya?” soal Imani.

                “Orang kata mimpi adalah mainan tidur. Tapi kadang-kadang mimpi ni beri alamat atau petanda kat seseorang tentang sesuatu perkara yang bakal terjadi di sekeliling kita. If kita dapat mimpi yang baik, gembiralah kita and if dapat mimpi yang buruk, tentu kita merasa tidak senang duduk. So, ambillah wuduk sebelum tidur dan bacalah ayat Al-Quran. Ikutlah sunnah Rasulullah S.A.W yang telah diajar oleh Baginda untuk umat-umatnya semoga tidur kita dirahmati Allah Yang Esa,” ulasan Erham, cuba memberi keyakinan pada Imani.

                “Ok sayang. thanks for the advice. Tapi I still risau la you,”

                “Dah, tak perlu nak risau-risau. I akan selalu ada di sisi you. You just make it simple. Jangan kerana mimpi yang macam tu, hidup you terganggu,” ujar Erham tenang walau di dalam hatinya, mimpi Imani sama dengan mimpi yang pernah hadir dalam tidurnya kebelakangan ini.



**********************************************************************************



                Hujan di luar sudah mulai reda. Safwan yang sudah mandi dan bersiap terus ke meja makan.

             “Oh, jadi Pak Cik kenal dan memang rapatlah dengan orang tue saye?” soal Safwan. Akhirnya persoalan yang bermain di fikirannnya sejak tadi terungkai. Alamat yang diberikan emaknya rupanya adalah rumah Hj Zakey.

                “Rapat. Sangat rapat. Pak cik dulu rakan sekerja bapak kamu. Lebih 5 tahun jugak la. Tapi pak cik dah bosan asyik duduk dekat kampong, tu yang pak cik pindah ke JB ni. Cari suasana baru,” ujar Hj. Zakey sambil menuangkan air teh ke dalam cawan lalu disua kepada Safwan.

                “ Jemputlah minum,” pelawa Hj. Zakey.

                “Terima kasih pak cik. Pak cik tinggal sorang je kat rumah ni? Isteri Pak cik mane?” soal Safwan. 

                “Pak cik tinggal sorang je Safwan. Dah lama pak cik bercerai dengan isteri pak cik. Dia tak boleh mengandung. Keluarga pak cik suruh pak cik ceraikan dia sebab tak boleh nak beri zuriat pada pak cik. Masa tu pak cik muda lagi. Jadi, pak cik ikutkan kata-kata keluarga. Akhirnya, sampai sekarang pak cik tak kahwin-kahwin lagi. Macam terkene sumpah je,” ujar Hj. Zakey.

                “Jadi pak cik membujang lah sampai ke tua la ni?” soal safwan penuh minat.

                “Tak jugak. Pak cik pernah minat dengan seorang perempuan ni. Tapi dia tinggalkan pak cik sebab lari ikut lelaki kaya. Pak cik ape ade masa tu? Motor kapcai cabuk je. Sebelah mate pun die tak pandang pak cik,” ujar Hj. Zakey.

                “Yang kamu ni nak tahu lebih-lebih pasal pak cik kenape?” soal Hj. Zakey yang baru tersedar dia telah berkongsi sebahagian kisah hidupnya dengan Safwan. 

                “Maaf kan saye pak cik. Tapi, pak cik tahu ke pasal mak kandung saye?” soal Safwan inginkan kepastian. Safwan teringatkan pesan emaknya untuk mencari Hj. Zakey kerana Hj. Zakey tahu segala-galanya.

                “Lebih dari tahu Safwan,” ujar Hj. Zakey.

                “Ceritalah pak cik,” pinta Safwan. Dia tidak sabar untuk berjumpa dengan emak kandungnya. Sudah 20 tahun dia terpisah dengan emak kandungnya. Hanya Tuhan saja yang tahu rasa dalam hatinya.

                “Kamu pergi tidur dulu lah. Pak cik dah kemaskan bilik tengah tu. Nanti esok pak cik cerita. Lagi pun dah lewat sangat ni,” ujar Hj. Zakey lalu beransur ke biliknya. Jelas riak muka Safwan berubah. Tidak puas hati dengan jawapan Hj. Zakey. Macam mana mahu tidur kalau fikiran tak tenang? Getus hati Safwan.



**********************************************************************************



                Mata Datin Habibah masih tidak boleh lelap. Suaminya, Datuk Hambali sudah lama berdengkur. Ingatan Datin Habibah kepada peristiwa 20 tahun lepas kembali tersingkap. Dia memang berdosa. Datin Habibah benar-benar menyesali kesilapan yang telah dia lakukan. Sungguh tidak berhati perut. Tergamak dia meninggalkan segalanya demi harta. Harta kekayaan dunia yang tidak boleh di bawa mati. Jiwanya tersentuh tatkala teringatkan segala kisah suka dan duka 20 tahun yang lalu. Tanpa disedari, air mata Datin Habibah mengalir.

                “Cik Bibah, kenape tak tidur lagi ni? Awak nangis ea?” sapa Datuk Hambali. Pantas Datin Habibah mengelap air matanya.

                “Eh, mana ada bang. Mana ada Bibah nangis,” Datin Habibah cuba menafikan.

                “Habis yang kat pipi tu air ape? Tak kan bumbung rumah kite ni bocor kot,” 

                “Ish abang ni. Dah. Dah. Abang tidurlah. Bibah nak pergi dapur kejap. Haus pulak tekak ni,” pantas Datin Habibah melangkah keluar dari bilik. Dia tidak mahu suaminya tahu apa yang terpendam dalam hatinya. Tatkala melepasi bilik anak gadisnya Liya, Datin Habibah terdengar suara orang menangis.  Dikuaknya pintu bilik Liya.

                “Kenapa ni Liya? Kenapa anak mama ni nangis?” soal Datin Habibah lalu mendapatkan Liya. Dipeluknya Liya erat.

                “Liya sedih mama. Liya macam tak berguna. Liya memang tak layak hidup dalam dunia ni,” ujar Liya. Suaranya tersekat-sekat.

                “Kenapa Liya cakpa macam tu? Tak baik tau. Mama kan dah ajar Liya, setiap yang berlaku ada sebabnya. Ada hikmahnya,” pujuk Datin Habibah.

                “Abang Han kate Liya duri dalam daging. Apa salah Liya mama? Liya tak buat ape-ape pun dekat die,” air mata Liya semakin deras.

                “Liya, dengar sini. Abang Han kamu memang macam tu. Liya kene sabar sikit. Mulut die memang takde insurans. Takpe nanti mama cakap dengan die. Dah Liya, kesat air mata tu. Tidur ye sayang. Esok nak pegi kolej lebam pulak mate tu. Dah tak cantik dah mata anak mama ni,” usik Datin Habibah, mencuba untuk hilangkan kesedihan Liya. Sejak dari Liya lahir, Ezhan memang tidak pernah dapat menerima kehadiran Liya dalam keluarganya. Ezhan membenci Liya kerana mereka bukan dari perut ibu yang sama. Tetapi Erham lain, dia menerima seadanya Liya kerana baginya Liya adalah anak papanya juga. 



**********************************************************************************



                Fikiran Erham melayang entah ke mana. Dilihat jam dinding, pukul 4 pagi. Matanya tidak boleh lelap lagi. Dia tidak mampu untuk tidur kerana takut akan bermimpi perkara yang sama. Sudah banyak kali Erham menerima mimpi yang sama. Yang peliknya, Imani juga menerima mimpi yang sama sepertinya. Cuma identiti jenazah sahaja yang berbeza. Suasana, hujan, orang ramai semuanya sama. Dia bermimpikan Imani yang meninggal, manakala Imani bermimpi dia yang meninggal. Serabut Erham memikirkannya. Kusut. 

                “Ah, aku yakin yang semua itu hanya mainan iblis,” bisik hati Erham. Dia bingkas bangun dan mengambil wudhu’. Diambilnya sejadah lalu dihamparkan. Urusan antara hamba yang kerdil dengan Penciptannya. Hanya kepada Allah dia memohon petunjuk, hanya kepada Allah dia memohon pertolongan. Semoga yang gelap dapat sinarnya, semoga yang kabur dapat kejelasannya.

                “Ya Allah, ya Tuhanku, tunjukkanlah hambamu ini jalan yang benar, jalan yang lurus ke arah Mu. Hanya pada Mu aku meminta dan hanya pada Mu aku bersujud. Panjangkanlah umurku, murahkankanlah rezeki ku. Jika benar ajalku akan tiba, kau ampunilah dosa-dosa ku, kekhilafan ku dan segala perbuatan ku...” air mata Erham mula menitik. Segala yang terbeban dalam fikirannya kini seakan hilang.



Bersambung...


p/s: kind to leave ur feedback and name =) thanks




 

12 comments:

Fahyim Abdul said...

sile publish novel guna JPA!

mr.F said...

MOTIF?

Anonymous said...

huhhu....jln cerita utk yg muka surat 3 nihh agak dull r, agak suram n kurang impak(just my opinion)...huhuh...berbanding yg sebelumnya, jln cerita sgt menarik...n yet, dh taw skit2 kaitan kesemua karakter yg di saling berkait....keep it up...nk taw episod seterusnyaa

bond- kamen arepeace (fb)-

areal said...

ape2 pn..ak suke!
smakin menarik..=)

mr.F said...

thnks areal~

rien's said...

MENARIK....
MACAM DAPAT AGK JLN CERITANYA...
NK TAW AP CERITA PASNIH..
CPT TAW~~

Anonymous said...

well..
keep it up!
its getting better and better ;)

-hasifan

Anonymous said...

smakin menarik dn tertarik! cepat release episode baru~~ ^.^

-kak mahirah

mr.F said...

thanks semue =)

Izzul Azri said...

nama dekat sama..aku baru prasan..haha..mmg bg aku konpius XD

Daya said...

nothing much , but I love read ur story . lagi2 14hari cinta .

sila berusaha m'buat story yg lebih menarik di masa akan dtg . :)

tomato said...

wataknya saling berkait antara satu sama lain..same with the '14 hari cinta'..please try something new and creative..whatever, nice job..

ShareThis