Assalamualaikum readers dan salam 1 dunia....
Aku ade seorang kawan...dia seorang kawan yang baik, baik budi bahasa, baik pekerti dan suka membantu orang yang lain....tetapi dia seorang perokok tegar...memang sukar baginya untuk tidak menghisap rokok walaupun sehari... Dia dan rokok bagai aur dengan tebing, eh tidak, bagai isi dan kuku, memang sukar untuk dipisahkan... di setiap hembusan nafasnya pasti berbau rokok...
Kawan aku ni, kalau sehari, dia membeli sekotak atau boleh menjangkau dua atau tiga kotak... Tapi jangan risau, dia tidak menghisapnya sorang-sorang, dia berkongsi dengan rakan-rakan yang turut serta dalam aktiviti merokok... Rokok yang dibeli, diagih-agihkan... Seorang sebatang....sekali-sekala buat amal jariah katanya.... sharing is caring...tapi bila dah takde sangat, rokok sebatang, boleh dikongsi sehingga 10 orang...bak kata pepatah, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah...
Selain itu, dia korbankan duit yang diberikan oleh orang tuanya dan juga duit yang diberi pinjam oleh organisasi tertentu untuk membeli rokok. Katanya, rokok adalah keperluan....bukan lagi kehendak... Rokok perlu untuk menenangkan fikiran dan juga untuk mencari idea... Seperti kata Yuna dalam iklan kamera, "di setiap gambar, ada lagu".... tapi pada pendapat kawan aku, "di setiap hembusan rokok, ada idea"...
Kawan aku ni juga sanggup mengorbankan orang-orang di sekelilingnya, untuk turut menyedut udara yang telah bercampur dengan asap rokoknya...besar sungguh pengorbanan seorang perokok yang sanggup berkongsi sedikit asap rokok kepada yang lain....Katanya, asap rokok tidak merbahaya... orang dikelilingnya hanya mampu menggelengkan kepala kerana sudah puas menghidu udara "segar" tersebut dan sudah kering air liur menasihatinya. Namun, tidak juga berhasil...
Dan korban yang paling besar dalam sejarah hidupnya adalah, dia telah mengorbankan dirinya sendiri kerana tabiat suka merokok... Dia korbankan paru-parunya sehingga menjadi hitam... dia mengorbankan mulutnya sehingga mendapat kanser...dia mengorbankan saluran pernafasannya sehingga nyawanya terhenti...Sungguh besar pengorbanan seorang perokok tegar...memang tiada banding....Jujur, aku sayang kan dia sebagai seorang kawan, tapi.... Allah lebih sayang dia....
Salam Aidiladha, salam hari raya korban....
Definasikanlah korban anda ke jalan yang diredhaiNya....
p/s: erti sebuah pengorbanan berbeza bagi setiap insan...tidak salah berkorban untuk kehidupan yang lebih bermakna.....pada permulaan memang payah, tapi diakhirnya, penuh bahagia....
7 comments:
nice :))
smoking has never been good, and will never be.
ps have followed your blog :)
nice entry,, smat aidiladha! ^^
meninggal jugak dia ye......
Ni cte btol2 ke reke?
ske entry ko yg ni!!hee..tp an..even cmne pown kte ckp ngn perokok2 ni..jowg still nk merokok gk..
kalau ade sesape berniat nk berhenti merokok tapi sangt susah rsanya..! meh saye nk tlong.. mai lawat page saye ye! TQTQ
Post a Comment