Pages

V.I.P BLOG KU

Thursday, November 17, 2011

MESEJ TARBIYAH DI SEBALIK GAME ANGRY BIRDS!


Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....



Angry Bird..

Salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple yang dimain oleh anak saudaraku yang berumur 5 tahun. Tak kira peringkat umur, boleh kate memang semua minat main Angry Birds...tidakkah korang pernah tertanya-tanya?


Kenapa perkara ni berlaku?

Apa yang best sangat game ni?


Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka. Sedar tak kita...yang sebenarnya game Angry Birds....dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah



1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

Antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban, menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan.

Mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih? Yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri! Yang putih pula? sanggup mengorbankan anaknya!

Itu bukanlah satu pengorbanan yang senang bukan? Menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad, segala-galanya untuk mencapai satu matlamat iaitu menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas


"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."

(At-Taubah 9:110)





2) Amal Jamaie

Dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh, burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan. Malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan. Maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu




3) Tanzim (organisasi) yang tersusun

Tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu? Tidak...diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza. Setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza. Jadi diorang susun sape pergi dulu, lepas tu sape yang pergi kemudian...

kenapa?

sebab Saidina Ali mengatakan

"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"




4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)

Bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu? Diorang susun dengan menilai bagaimanakah cara yang paling cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu. Maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya. Yang reti potong kayu pergi serang kayu. Yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu


Dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka adalah untuk detect, apakah kelemahan musuh kita dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza, bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat



5) Taat

Dan sebagai qiyadah, perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan. Pasti tidak ada orang yang nak main dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh



6) Ukhuwah

Lastly, kena faham bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat. Itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang. Mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya. Mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara...


Seperti mana kita umat Islam bersaudara...jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita daripada musuh yang nampak di dunia dan juga musuh yang tidak nampak yang menarik kita ke api neraka


kenapa?


Sebab kita menyayangi saudara kita...sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang....kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam. Tidak akan wujud game Angry Birds jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka.


Begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam, malahan mustahil akan menang gerakan Islam, jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam....


"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"

(An-Nasr 110:1-3)


Sedarlah, pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhuwah dan kesatuan di kalangan umat Islam dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna. Semua yang korang baca tadi adalah pengajaran daripada game kegemaran ramai, Angry Birds.






Tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih, kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza....kerana Islam agama yang indah :)



p/s: BB aku takde Angry Bird...Angry farm je ade...



19 comments:

sharul izam said...

bagus entry anda..saya suke..:)

jeragang said...

banyak pengajaran yang boleh dapat... sesuai untuk ibu bapa terangkan kepada anak2 untuk mendidik...
Pok jeragang nak cadangkan penerangan ini disesuaikan menjadi cerita kanak2 tentu lebih menarik.....bebudak boleh senang faham... ada yang nak mulakan projek?

aNdi.Hanin::حنين said...

haha. bagus jugak angry bird ni, tapi..cuba fikir kembali, berapa ramai da'ie yang tersangkut kerja2 dakwah sebab main angry bird? LOL


feel free to read this:

http://angelwearsgucci.blogspot.com/2011/11/burung-burung-yang-amarah.html

Sya_Merpati Putih 88 said...

sy suka mian game angry birds nie..tp tak pernah terfikir pasal nie..
nice entry n nice sharing...(^___^)

Rudiey_Sepet said...

tak sangka plak game ni ade maksud tersirat. well, thanx 4 sharing :) very interesting :D

bluedianthus said...

Wah, yang ni baru best..ada nilai moral. :)

Zul fattah said...

aku suka entry ni, boleh copy tak?

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

anak akak yg umhr 5 tahun tue sikit punya suka main..

mr.F said...

@sharul izam tq :)

mr.F said...

@jeragangmelentur buluh biarlah dari rebung nye :)

mr.F said...

@aNdi.Hanin::حنين نظورهade betul jugak tu :)

mr.F said...

@Terbang Bersamakutq :)

mr.F said...

@Rudiey_Sepettengs :)

mr.F said...

@Zul Fattahboleh je :)

elynnzainol said...

eh ehh laa junior rupanya. hehe ok silalavisitblogsayaok? nah amik ni http://nakbuatbelogjugak.blogspot.com/

p/s: amacam part 6?

cIk cUmIe said...

dulu pernah ada isu yang kata burung warna biru seolah-olah mengucapkan alhamduliilah. ramai yang menganggap game ini seolah-olah mengutuk islam. pendapat anda ex senior? :)

siti said...

tak pernah main pun angry bird sebelum ni.. tp, info ni sangat menarik..;)

Anonymous said...

Ibu bapa bagus baca post ni. Sambil anak2 diorang main, boleh diorang ajar nilai2 murni kat anak diorang. Lagi senang faham dan hayati nilai murni tu

Aiman said...

daya penglihatan yang jauh T_T

thumbs up!

ShareThis