Pages

V.I.P BLOG KU

Tuesday, August 23, 2011

FILEM PENDEK SEMPENA AIDILFITRI YANG MENYENTUH HATI : DARJAT !



Assalamualaikum readers dan salam 1dunia...hari raya dan iklan memang tidak dapat dipisahkan...karya yang paling segar dalam ingatan aku adalah iklan raya Petronas, yang mengisahkan susah payah adik-beradik mencari daging lembu untuk emaknya di hari raya, karya Allahyarham Yasmin Ahmad. Memang segar dan mempunyai nilai ketimuran...cukup rempah ratusnya...


Ok, memandangkan hari raya pun sudah menjelang tiba, iklan raya tahun ini aku rase macam tak banyak sangat, baru dapat menonton iklan raya TV3, PTPTN dan TM...bagi aku, iklan raya TV3 berjaya menyampaikan mesej kepada para penonton...



Sempena hari raya yang bakal tiba ini, aku nak kongsikan Filem Pendek hasil karya Batch aku sendiri yang terdiri dari student Landscape Architecture Uitm Shah Alam, yang bertajuk DARJAT.  Pengarah die Izsko Farid dan die jugak merupakan pelakon utama dalam filem pendek ni...die memang berbakat besar...Mr. David amacam???


DARJAT Part 1




DARJAT Part 2


credit to visualquality


Hope korang boleh bagi pendapat tentang filem pendek ni ye...terime kasih...


p/s: aku tukan promote je...berlakon? nope :)

1 comment:

zey said...

Jalan cerita agak lambat, patut kena padat kan lagi
[ceh, pandai je aq nih?]

papepon, ending best!!

ShareThis