"RINDU BUAT KEKASIH ALLAH, KENALI, DALAMI, HAYATI, IKUTI"
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin
‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib
bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul
Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal
dengan nama ‘Abdul Muttalib
Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib
Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba
perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib
As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
Nama isteri pertama dan usia baginda
berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada
25 tahun
Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al
Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu
Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak
Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a
(digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu
Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah
al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika
berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri
Rasulullah]
Pengalaman bekerja Rasulullah:
* Semenjak kecil lagi, baginda telah
menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam
(Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa,
baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan
dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda
sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau
terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun,
baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan
Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut
dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering
membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang
koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi
pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada
anak-anak.
Gelaran Al-Amin:
Baginda merupakan seorang
yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa
dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab
Quraisy.
Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)
Kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa
banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda
banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy
telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara
ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di
penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan
peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar
Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara
ketua kaum Quraisy.
Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada
hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua
Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang
berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari
segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar
manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia
apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7)
diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan
baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.
Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10
tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan
orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)
*******************************************
Di atas adalah sedikit sebanyak yang dapat dikongsi mengenai sirah rasul junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. Semoga dapat dihayati dan diikuti semoga kita semua mendapat syafaatnya di akhirat kelak...amin ya rabbal alamin....
p/s: selawat dan salam buat rasul junjungan biar berpanjangan....
2 comments:
salam Maulidur Rasul ..
salam maulidur rasul ye..=)
Post a Comment