Pages

V.I.P BLOG KU

Wednesday, February 23, 2011

KISAH SERAM RUMAH SEWA SEKSYEN 2, SHAH ALAM...BETUL ATAU ?

Mari kita ikuti kisah yang seremm ini...tak tahu nak kate cerite betul or tak, hanya Tuhan yang tahu....
 


Kepada penulis asal cerita ini...terima kasih la kongsi cerita ni..

Masa di ITM dulu memang kami tahu fasal rumah berhantu ni...sewanya murah, tapi kami tak pernah nampak ada orang sewa rumah tu..lokasinya betul-betul dekat dengan Wet World. Kami selalu berjalan kaki dari seksyen 2, melalui Wet World tersebut. Tapi kami tidak pernah mengetahui ‘kekerasan’ tempat tersebut

Rasanya sampai sekarang pun tak ada orang tinggal..
_______________________________________________

TRUE STORY?

Huhuhuhu seram juga cerita nih.

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

  • Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....
  • Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
  • Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.
Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan DVD dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah. Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.




Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310...
credit to LOWYAT

66 comments:

hafiza noornadia said...

wah!!!baru bc ckt x smpai separuh..bulu roma dah naik..dala sorg2 ni..x jd nk habis kn cerita ni..hahaha..

belia bangkit said...

serius takut gle bce entri ni...seb bek aku bace siang hari...kesian dowh, smpai meninggal 2 org tuh...

dett d alfrowman said...

ak pon bce separoh jek..
alamak..t la ak habeskan..
tade org nih

cek chun said...

ini cerita dah tau. femes amos dikalangan uitmers..

Anonymous said...

bleh bgi specific alamat?...

Dr.Senbe said...

setakat nokia 3310, x pyh ah haha
kalo iphone ke ok gak

Mem Aluya said...

Mem link entry ni yeak. Thanks.

http://ketetel.blogspot.com

oh!kimmi said...

sampai meninggal kawan tuhh..ye dop??ak try zoom pic ni...err seram tetibe..>_<

Mat Gebu said...

perghhh....seram, sedih, lawak dan sadis semuaa ada skali...huhu..al-fatihh juga untuk 2 sahabat anda tuu...

fafarara said...

ok . baru bACe separuh dh seram dh ni . huhu . xpe2 . esoksiang smbong bace lg separuh . tu pon tggu ade org rmai . huhu

fafarara said...

okehh . bru dpt bce habis skrg . huhu .
seramm3 .
and , takziah for ur friend yg meninggal tu . al-fatihah

Ummi said...

Salaammmmmm....sungguh seraaammm, sedih dan terkilannya atas kematian 2 sahabat yang penuh tragis dan sedang menuntut ilmu begitu...apapun semua sudah ketentuanNya...Al Fatihah buat arwah Naim dan Salleh..

Anonymous said...

makcik nak tanye..

adeke dambo deme2 ni

Anonymous said...

penah dgr pasal benda ni...tapi tak tau betul ke tak...

pas bace entry u, i rase seram gile bhaiii...

nk lalu dpn wet world pon cuak nie...huhu

Unknown said...

rumah sal dekat gile kottt dgn rumah tuuuu :S

cHadiL said...

takde sesiapa ker yang nak filem kan kisah ni... kalau jadi mesti seram punya...

Unknown said...

meremang bulu roma aku baca cerita ni....

man said...

call seeker tgk betul ke tidak...

Cekgu Adeng said...

nice post bro.aku pn dl blaja uitm shah alam dan pernah dgr psl cerite rmh tu,mmg seram broo,haha..versi yg aku dgr ada 1 lg.ada bdk2 tabligh pindah masok situ,aku dgrla jd aku coba ceritakan setepat yg mungkin dr apa yg aku ingat je.geng2 tabligh ni student uitm jgk,yg sebenarnya diorg dh tau dh rmh ni keras ckit tp diorg beranikan jgk dok situ.yg aku dgr mlm first diorg ada buat majlis bacaan doa mcm tulah nk bagi selamat dan clear apa yg patut diclearkan..jd diorg pn berkumpol la kt ruang tamu pas semayang isyak apa semua terus buat majlis doa ckit2..masa diorg baca doa tu diorg buat dlm bulatan.masa tgh baca doa tu tiba2 satu barang jatuh kt tgh2 bulatan yg diorang buat tu,nak tau apa bende tu bro, yg jatuh tu ialah 1 kepala manusia bro..eeee,meremang jugak bulu tengkuk aku masa type comment aku ni..apa lg,geng2 tabligh tu pn bertebaran lari bro..tup2 esok rmh tu clear dh,diorg pindah..klau aku pn mmg aku dh lari tak nampak kaki dh bl ada kepala jatuh kt ruang tamu..anyway nice share bro..nice blog,nice post,nice one..

mr.F said...

@man: uncle seekers sibuk sekarang dgn kes lain..hahahha

mr.F said...

@flow: tengs for the nice comments...

Anonymous said...

dgr crite umah ni satu keluarga mati kena bunuh...

bells said...

hello..act pic yg ko pki 2 is not dat house..sbb aku dok s.alam n bf aku pun duk 1 deret dgn umah yg ko tnjk ni..previously dia ckp kt aku yg ni tp lastly bkn..sbb umah ni x bertentangan dgn wet world..mmg pic ni kt area sec 2 n description dia sme,tp bkn dpn wet world..aku x g cri umah 2 walhal aku taw kt ne..ermm tkot gak..huu..

Naru Nara said...

wee.....sy nk tny bkn nk coment..huk3...cane nk wat bckground yg best2 kt blog nih...huk3...

fatin shaheera said...

al ftihah kpda arwah naim dan salleh...klakar pom ada,sedih pom ada...seram lagi la ada....btw...nice blog...

jimio said...

dulu masa saya dok ITM memang selalu lalu area rumah ni, ulang alik dari ITM ke SIRIM (pratikal), memang dengar la cerita rumah ni yg berhantu no wonder kosong je masa tu..(pokok tinggi tu source dia..)

Hafiz Ghani said...

alfatihah....

Unknown said...

wow! superb mencabar... takott..

Anonymous said...

sbnrnye cerita ni tak habis kat sini aje, ada yg empunye cerita masih tak ceritakan....

Anonymous said...

Baru2 ni aku ada pg gak rumah tu. Kat seksyen 2 yang ada kfc straight je ke belakang then tgk kanan nampak la rumah tu. Aku dgr cerita kadang - kadang buaian kat depan rumah tu bergerak sendiri. Horror gila. Aku dgn membe aku try masuk tapi tak boleh sb pagar dia kunci pastu rumah tu ada dawai duri kat sekeliling rumah tu.

Anonymous said...

tapi,ade sedikit kekliruan dalam cerita ni...

LaH said...

aiyo rase cm tgok cter seram plak...badan ak naek mngigil syial bacer.....aduh mak......takut weh...tpie nie btul2 ke....kalu btul sian la kat naim ngan saleh....

Anonymous said...

al-fatihah...
cerita ni memang terbaik...fuuhh meremang...errmm semua kuasa allah...

Anonymous said...

aigooo..... aq bace elok2 jerw pukol 2.40 pg.... ape kejadah nyer aq buang tebiat bace entry seram nie... aigooo... tp da bce sampai abes... aigooooo

Anonymous said...

wahhh..da la dok umah sorang2 je nih~~adoi..mlm nih kene ajak membe teman jgak la jwab nyer..=,="~!

Che' Rain said...

writer utk citer ni ialah mr.Q kn? Aku kenal writer dia ni sbb aku dpt link asal dia post memula citer ni dulu....

Best ber"chat"ing ngan dia sbb dia jwb smua skali pe yg jdk ms tu...

try g kt sini geng cerita active board - kisah seram - umah seram seksyen 2. Dia guna nick mr.q

sekian.

Anonymous said...

macam rekaan aje... 1st, kata kiri kanan ada rumah.... 2nd, busut tak logik wujud based on pic... 3rd, takkan semudah itu kes langgar selesai... tq.

Hafiz said...

gambar rumah tersebut, bukanlah gambar rumah yang dinyatakan.. dan ape yg diceritakan adalah benar2 belaka.. termasuklah kisah anak-anak tabligh tu.. sebab tu adalah rumah keluarga saya.. ayah saya tuannya.. dan rumah tersebut sblm ni berlaku kejadian bunuh sekeluarga dimana siayah kepada keluarga tersebut adalah pengamal ilmu hitam.. namun kesemua mayat ditemui dalam rumah tersebut kecuali mayat si ayah.. hingga sekarang, ia masih tak dijumpai.. rumah tersebut telah diberikan kebenaran untuk diruntuhkan oleh pihak berwajib kerana ayah saya seringkali dipersalahkan diatas segala kejadian yang berlaku namun kesemua usaha untuk meruntuhkan rumah tersebul menemui jalan buntu.. berkenaan dengan kesemua penyewa, sebelum berpindah, pihak ayah sudah memaklumkan kepada mereka agar mencari rumah lain dan tidak membenarkan mereka menyewa rumah tersebut namun mereka berkeras untuk menyewa.. cuma kejadian yg berlaku ini merupakan kejadian yang melibatkan kematian yang berlaku. selama ini, hanya gangguan sahaja namun itu merupakan kematian kali pertama. sehingga kini, masih ada yg mahu menyewa rumah tersebut walau dilarang keras ayah saya.. sekian..

UMIE ADAM said...

tragis sgguh cite dia... menakutkan bila hadapi bnda2 macam tu... cuma x bleh blah time klakar.. kasi gelak abis2, hehe.. apa2 pun Al-Fatihah buat mereka yang dah tiada..
p/s : tuan blogger sy mohon share entri ni ya... tenkiu :)

Shima said...

penah gak dgr cite ni..kalau tak silap..umh bungalow besar color putih. rumah tanpa renovate.

Anonymous said...

aku keje pejabat kesihatan...selalu gak la sembur nyamuk situ..alhamdulillah buat masa skang ni xde pape lg la..area tu mmang bnyak umah kosong..alamat penuh ad ke???

Unknown said...

Kalau ta silap sal , ada lagi 2 rumah hantu kat sec 2 :S

eizul said...

da g usha da..da cntik da umah nye...cuma stil xde sape duduk...haishh

GorGeous OranGe said...

hantu extreme memng suka dok seksyen 2 eh? tapi pelik kan bila ajal di tangan hantu

Anonymous said...

aiyoo.cm2 cter da dgar mna satu betol ntah..lau betol bg la alamat n gmba rumah yg betol..coz ade yg kate gmba rumah kt atas tu bukan gmba rumah kejadian.... :)

Anonymous said...

btul citer ni..sy owner sebelah umah tu...seram jgk dok sebelah umah ni...kdg2 dgr bunyi org ngaji..upenye kt masjid..silap la nmpk nye..tp ade dgr jgk wktu mlm tibe2 terdengar bunyi pagar umah terbukak..try g tgk..tgk2..nah..org sebelah bru blik..mujor la mase tu..ingt kn apa dia td...goyang jgk la...dlm goyang2 tu tibe2 rase semacam giler2 ahh...upe nye nk ter berak..ape lg..dh x thn..terpakse la g berak

Anayeiza88 said...

seram nye rasa.....

QC pun sewa umah kat sek 2 time bljar kat UiTM
n gambar umah yg ditunjukkan mmg wujud...
n dekat ngan umah sewa QC....huhu

QC tak igt nama jalan umah tu...
tapi yg pasti nama bunga
sebab QC sewa kat jln bunga tanjung...
umah selang 3 lorong dari umah sewa QC x silap...

Unknown said...

Citer ni citer btol ke x ek?nk jg tgk camane rupe umah ni.nk msuk skli kalo bole sbb mne tau kalau2 bole jmpe jg.sape nk ikot?tp stay rmi2 ar..

aFFaNDie FeNDi said...

nice story mory morning glory.

Unknown said...

saudara yg buat blog nie.,boley bg sy almat fb kamu??want to be a friend.,:)

Unknown said...

saudara sila bg id fb ya.,

Anonymous said...

asal aku tatau cte ni even im one of the shah alam uitmers?

Ikhtiargangguanjin said...

@Hafiz
Salam, boleh saya dptkan nombor fon tuan rumah? Mgkn bkh dbawa bcg dgn jin2 situ. Maaf, saya seorang perawat ruqyah syariyyah. Mana tau blh d pulihkan. Saya hari hari lalu sbelah/dpan rmh ni.

Ikhtiargangguanjin said...

blh dptkan number tuan rmh? Saya tiap hr lalu situ. Mana tau boleh d pulihkan. Maaf, saya seorang perawat ruqyah syariyyah.

Anonymous said...

al-fatihah

SyazlenJasni said...

betol laaa tu rumah tu ade lagu spmai sekarang sbb kalau nak balek wisma mais mesti lalu rumah tu.tp dah dibersihkan dari luar.

Anonymous said...

hahaha

wapiy's wilson said...

gila lah , rasa takut pula nak pergi shah.Alam next time . mohon tak jumpa pun rumahg tu :/

fansh said...

aduh ! seram kot
:/

Anonymous said...

apala korang ni prcaya cite mcmni bulat2.aku da lbih 10 tahun dok dekat s2,aman damai je.cuba korang zoom balik gambar tu,bukan zoom rumah tu,tengok rumah sebelah tu..kan ade penghuni,klau betul sume crita tu jiran tu da lama blah da.cuba tanye prnah dgr bnda pelik2 x!!!!!!!!!!

Yui said...

assalamualaikum.. salam 2013, aku nak share cita ni boleh takkkkkkk tuan blog?

mr.F said...

@Yu YUi Nurul boleh :)

Anonymous said...

whoaa. seram kut. baru haritu dgr kawan bagitahu pasal rumah ni. Ya Allah... Al-Fatihah

theothers said...

ok ini adalah post asal cerita rumah rm50 ni. saya tagged dulu, - shamz, The Others Clan

Anonymous said...

wah...saya masuk ITM tahun 1988 dan grad tahun 1991.. dan sepanjang itu, rumah itu dah wujud / tak berpenghuni dan dah ada macam2 org cerita. Tetapi bukan spt gambar diatas..saya rasa pencerita tak sempat nak ambik gambarnya dan pic diatas hanya hiasan..rumah yang sebetulnya memang dekat wet world tetapi berdepan tempat parking restoren tasik shah alam, sebelah dengan SIRIM / lorong selepas pintu masuk SIRIM. ianya adalah bungalow,,bukan semi-D seperti diatas. rumah dan lokasi memang wujud, real!!! cerita disebaliknya pun real,,yang selebihnya hanya Allah yang tahu,

QueDee Photo said...

nak alamat rumah tu boleh tak?

ShareThis