Pages

V.I.P BLOG KU

Friday, November 25, 2011

HIJRAH SEORANG PEROKOK TEGAR...

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia...




Semalam, telah ditakdirkan, aku terjumpa dengan seorang sahabat lama aku, dah lama jugak la tak jumpa. So, aku ajak la dia ni makan kat kedai makan Seksyen 7. Borak-borak, bertanya khabar sebab dah lama tak jumpa kan....masing-masing busy....tapi aku perasan, ada perubahan pada kawan aku ni...bukan penampilan mahupun berat badan, tapi....


Ya, memang betul...dia tidak merokok...tidak ada kotak rokok dan lighter yang diletakkan di atas meja seperti selalu...Aku tengok dia pun semakin segar...tak seperti kebiasaannya...Aku pun meringankan mulut aku, bertanyakan perubahan yang berlaku pada kawan aku ni.....



*********************************************



Aku: Wey, kau dah tak merokok ke? Tak nampak pun kotak rokok atas meja or dalam kocek kau? Ke kau tertinggal dalam kereta? Or kau takde duit dah nak beli rokok? (sinis jugak soalan aku kan...ah, lantak)


Kawan aku: Kedai rokok terbakar la dowh...kau tak tahu ke?


Aku: Eh ye ke?


Kawan aku: Kau jangan lurus sangat la wey. Aku dah tak merokok lagi dah....(nada selamba sambil menyuap makanan)


Aku: Serius ke wey? Ke hangat-hangat tahi ayam je? Or tahi kerbau? Kau bukan boleh percaya sangat pun.


Kawan aku: Aku dah berhenti dah. Aku hanya mampu merancang, tapi Allah yang tentukan. Sampai bila aku dapat bertahan, kau doakan la ye....


Aku: At last dowh, kau stop jugak merokok...Boleh aku tahu sebab ape kau berhenti merokok?


Kawan aku: Kau nak tahu sebab apa aku stop smoking? Ok, first, aku rasa aku bersalah gila dengan diri sendiri. Aku bersalah pada Allah sebab Allah dah kurniakan aku tubuh badan yang sihat, semua yang aku nak aku dapat, tapi aku pulak yang rosakkan diri aku sendiri. Kau tahu kan, sekali kau try smoking, kau akan willing to do it even kau tak nak. Tapi aku kuatkan azam aku, aku nak berhenti merokok...


Aku: Niat kau memang betul dah tu. Kau mesti ingatkan apa yang aku pernah cakap kat kau dulu? Aku pernah tanya, kenapa kau tak hisap rokok depan parents kau dan adik-beradik kau? Kau jawab sebab kau hormat pada dorang kan?


Kawan aku: Aku ingat wey, masa kau cakap tu, aku rasa nak cepuk je muka kau. Tapi bila aku pikir balik, memang betul lah apa yang kau cakap tu. Cuma ego aku je yang tinggi. Aku hormat parents dan adik-beradik aku, so aku tak smoking depan dorang. Aku rasa aku pengecut wey, takut dengan bayang-bayang sendiri. Tapi sekarang, aku rasa aku perlu hormat pada diri aku sendiri, sebab nyawa yang aku ada ni, satu je. Memang setiap yang hidup pasti akan merasai mati, dan ajal maut di tangan Allah....tapi aku tak nak mati kerana rokok dowh...


Aku: (terkesima kejap) Oh ok. Habis awek kau yang hot tu suka la kau dah berhenti merokok ni? Dulu bukan main cover lagi kan sampai nak kene sorokkan kotak rokok siap bagi orang lain pegangkan kan?


Kawan aku: Dialah orang yang paling suka dengan perubahan aku wey. Lagipun, aku tak sampai hati nak tipu dia selalu. Kau tengok bibir aku ni....hitam dah wey...Nak kelentong aku bukan smoker? memang penipu besar lah kan. Aku pun fikir pasal future. If jodoh aku dengan dia, aku tak mahu dia dapat seorang suami yang kuat merokok dan yang paling penting, aku fikir pasal zuriat aku nanti. Aku tak nak anak aku nanti menderita sebab tabiat aku..dan aku tak nak anak aku merokok macam aku....


Aku: Baguslah. Kau sedar jugak kan. At least, kau dah terkeluar dari senarai rakyat Malaysia yang membzair RM15 juta sehari untuk membeli rokok...Eh tapi, bukan kau hisap rokok untuk dapatkan idea ke?


Kawan aku: Mana ade idea...makin serabut adelah....kau bayangkan, aku pernah kira-kira balik, half dari duit yang aku dapar dari parents aku bagi, aku buat beli rokok...Kalau parents aku tahu, mesti dorang kecewa dengan aku wey....


Aku: Tapi sekarang kau dah berubah....dan kau sedar apa yang kau buat tu salah...banyak negatifnya...bukan kau tak tahu, tapi saja-saja buat tak tahu...


Kawan aku: Memang betul wey. Dan lagi satu sebab aku berhenti merokok...sebab kau. Sebab aku tak nak orang macam kau, dan orang lain yang berada di sekeliling aku time aku smoking, sakit disebabkan aku. Dan mungkin boleh mati....aku tak mahu tanggung dosa tu....


Aku: aku respect kau dowh....kau berubah kerana Allah dan kau berubah kerana kau sayang nyawa kau dan orang di sekaliling kau. Aku tahu susah bagi orang macam kau nak stop smoking. InsyaAllah, aku doakan yang terbaik buat kau. Lagipun kau berubah dari sesuatu yang kurang baik kepada yang lebih baik. Ini namanya hijrah....


Kawan aku: terima kasih wey sebab sokong aku. Aku akan ingat apa yang kau cakap dulu sampai bila-bila...


**********************************************




Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengatahui (akan salahnya dan akibatnya).               

 Ali Imran :135



Hijrah....itu pengorbanan, hijrah itu perjuangan...sama-sama kita menghayati erti hijrah...dan mengadaptasikan erti tersebut ke dalam hati dan perbuatan kita...Ikhlaskan hati kerana Allah....semoga semuanya dipermudahkan....







p/s: nawaiitu....lillahitaala....

4 comments:

NUR AIN AZMAN said...

Salam Maal Hijrah :)

Semoga kite semua mendapat keberkatan dari ALLAH

* follow u

Cik Puan iLa said...

Nak seribu daya,tak nak seribu dalih.. ;)

jeragang said...

berhenti merokok adalah keputasan paling payah pak jeragang berjaya lakukan...... susah nak tinggal melainkan boleh mengawal emosi....

dobbod said...

Perbualan yang bagus, walaupun mungkin ada yang ditokok tambah. :)

Kan bagus, kalau ramai lagi kenalan kita yang berhijrah sama macam kawan tu.

ShareThis