Pages

V.I.P BLOG KU

Wednesday, November 9, 2011

Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab...

Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....




Contest ini dianjurkan oleh Beta.my dan ditaja oleh Mynewshub



Ok, sekarang kita ikuti cerita "Saya nak Samsung Galaxy S II" versi angkasawan Falihin Jasmy:




1. Reka bentuk yang menawan lagi tertawan!


Dengan rekaan senipis 8.49mm, Samsung Galaxy S II menjadi idaman bagi setiap mata yang melihat. Rekaannya kelihatan mewah dan senang untuk dipegang dan dibawa. Smartphone ultra-nipis ini juga mempunyai 3D TouchWiz UX yang menambahkan keterujaan penggunaan skrin sesentuh.


2. Skrin paparan yang jelas dan nyata!


Samsung Galaxy S II menjanjikan pengalaman melayari laman web dan menonton filem dengan paparan skrin yang sangat jelas di mana tidak seperti smartphone yang lain. Dengan adanya 4.3" Super Amoled Plus, semuanya seperti melayari internet dan menonton filem seperti di dalam laptop! Dengan warna yang terang dan jelas, Samsung Galaxy S II memang menakjubkan!


3. Kamera 8 MP dan LED Flash!


Setiap saat, ada kenangan. Setiap kenangan tidak bermakna jika tidak dirakamkan. Dengan adanya kamera 8 MP dan LED Flash, setiap kenangan yang terindah tidak mungkin akan terlepas untuk dijadikan memori sepanjang zaman. Samsung Galaxy S II juga mempunyai kamera 2 MP di bahagian hadapan untuk mengabdikan potrait sendiri walau di mana jua anda berada.


4. Rakaman video berdefinasi tinggi!


Dengan 1080 Full HD Recording, setiap video yang dirakamkan adalah berdefinasi tinggi dan beresolusi tinggi. Tidak dapat dinafikan lagi keistimewaan Samsung Galaxy S II ini kerana setiap video yang dirakamkan dapat dimainkan semula dengan pantas dan jelas pada skrin paparan 4.3" Super Amoled Plus!


5. Pengalaman berkomunikasi dan berinteraksi yang mudah!


Mengatur dan menyelaras dengan lebih baik semua kenalan dalam talian melalui Social Hub. Menyelaraskan e-mel, SMS, IM dan maklumat -malumat lain ke dalam satu sistem, dan berinteraksi dengan lebih cepat dengan kenalan dan ianya menjanjikan satu pengalaman yang menarik dan segalanya menjadi semakin mudah!


6. Menawarkan hiburan yang berpanjangan!


Dengan adanya Dual Core Application Processor, ianya menjadikan Samsung Galaxy S II sebagai smartphones yang menawarkan kelajuan yang tinggi untuk melakukan banyak kerja dalam satu-satu masa, web loading yang pantas dan prestasi permainan yang tinngi. Dengan game yang berkualiti tinggi, pastinya satu kepuasan bila segala-galanya berada dalam genggaman tangan!


7. Terbaik di kalangan yang terbaik!


Dengan prestasi yang melebihi jangkauan dan berteknologi tinggi, pastinya Samsung Galaxy S II menjadi salah satu smartphones pilihan ramai yang mahukan evolusi dalam berkomunikasi yang menjanjikan kebebasan untuk berinteraksi! Tidak boleh dinafikan lagi, Samsung Galaxy S II memang satu pilihan yang bijak.



Infiniti terima kasih kepada Beta.my dan penaja, Mynewshub kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk memiliki salah satu ciptaan yang luar biasa iaitu Samsung Galaxy S II. Semoga ianya menjadi realiti...amin. Kepada semua, jika mahukan Samsung Galaxy S II ini, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Klik banner di bawah ini untuk maklumat lanjut.





Mynewshub penuh berinformasi,
Beta.my tawarkan teknologi terkini,
Terima Kasih daun keladi,
Kepada penganjur yang baik budi.


Sorong papan tarik papan,
Papan disimpan di dalam peti,
Samsung Galaxy S II jadi dambaan,
Semoga fantasi menjadi realiti.






p/s: semoga semuanya dimurahkan rezeki :)


10 comments:

hokangtao[dot]com said...

Good Entry.
All the best for you !!

Scha Nazri said...

awak sentiasa come out with a good entry kalau masuk kontestt. smoga berjayaaaa!

Muhammad Farhan b.Hassan said...

x sngke join jugk yerk contest ni..
haha

Zul fattah said...

cam best je.. haha... gud luck yup..

Unknown said...

gudluck..

mr.F said...

@hokangtao[dot]comtq :)

mr.F said...

@syAzAnAthanks :D

mr.F said...

@Muhammad Farhan b.Hassannape tak sangke pulak???

mr.F said...

@Zul Fattahtq zul :)

mr.F said...

@SyUhAdAterima kasehhh

ShareThis