Pages

V.I.P BLOG KU

Friday, September 16, 2011

LOW YAT CRAZY SALE: HARGA IPAD 2 RM 750 HANYA SATU PENIPUAN !




Assalamualaikum readers dan salam 1dunia....semalam, Plaza Low Yat mengadakan satu promosi, Crazy Sale yang diadakan dari 15 September sehingga 18 Septenber 2011...antara gadjet yang ditawarkan yang berjaya menarik perhatian ramai termasuk aku adalah Ipad 2 dengan harga serendah RM750...sape tak nak kan.... 





Tapi.....ini semua hanyalah marketing strategi pihak berkenaan atau dalam bahasa kasarnya satu penipuan kerana semua harga diskaun tersebut hanya untuk pembeli bertuah yang layak. Difahamkan, korang perlu membeli sekurang-kurangnya barangan bernilai RM50 atau lebih dalam satu resit di kedai-kedai yang turut serta. dalam promosi berkenaan. Kemudian satu lucky draw akan dilakukan, jika korang bernasib baik korang akan berpeluang membeli barang yang dinyatakan dalam kad lucky draw tersebut dengan harga diskaun.


Ipad 2 untuk RM750....tinggal harapan la

Ini bermakna, korang tidak boleh mendapatkan iPad 2 16GB dengan harga RM750 jika anda tidak bertuah ataupun kad lucky draw korang menunjukkan barangan diskaun yang lain. Mungkin korang sanggup bersesak-sesak untuk mengharapkan Ipad 2 dan akhirnya pulang dengan pendrive kingston 4GB sahaja. Itupun kira bertuah lah jugak dari hanya USB fan untuk laptop =,= !



Bolehlah buat hilang kepanasan korang kannnn



Sebagai pengguna, kita haruslah bijak dalam melakukan pembelian kerana semua yang berniaga mempunyai marketing strategi mereka yang tersendiri. Mungkin marketing strategi tersebut medatangkan faedah kepada kedua-dua belah pihak (peniaga dan pembeli) tetapi lebih malang lagi hanya peniaga sahaja yang  tersengih mengira keuntungan sambil menggosok-gosok perut manakala pembeli hanya mampu menepuk dahi sahaja sambil menghilangkan kepanasan dengan USB fan yang dicucuk di laptop. Ingat, kita ada hak sebagai pengguna!




p/s: jangan mudah terpedaya...renung-renungkan dan selamat membeli...

10 comments:

Syuk Ry said...

hooo.. bru ak taw.. ak igt btol..

lunaticg said...

Hahaha....
Taktik ni dah lama dorang guna. Siapa yang biasa beli barang2 IT ni memang gelak je lar, sebab pernah kena dan tahu ramai orang yang akan berpusu-pusu ke sana sebab ingat promosi dorang ni betul.

Cik Jah said...

ya loh..jualan tipu gile..

Rawlins GLAM said...

Damn! Dah on the way baru baca entry nie.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

pandai je tipukan??

Unknown said...

la yeker...baru ingat nak g sok..fuh nasib baik!

steady eddie said...

hhmmm..aku dah agak...kalau bisnes nak bagi murah2 bukanlah peniaga kat lowyat namenyer...

nick dot anis said...

seb bek i tak g..:-)

sollehahn said...

mmg ramai pembeli tertipu dgn strategi macam ni...

Zul fattah said...

memang otak trik betul r.. aku skali je sampai di lowyat.. haha..

ShareThis