Pages

V.I.P BLOG KU

Saturday, July 23, 2011

CUPCAKES PRINCES : CUPPIES 10


CUPPIES 10


Fina tidak dapat melelapkan matanya. Pandang ke kiri Fed, pandang ke kanan Fed. Pandan ke atas pun terbayangkan Fed. Perkara yang terjadi siang tadi memang tak diduganya. Fed memang melampau. Nasib kehadiran Isly mampu mengaburi mata Fed. Kenapelah ade lelaki macam Fed dalam dunia ni? Muke kacak, badan tough, duit berkepuk. Tapi sayang, timba mencari timba juga. Getus hati Fina. 

“Tak tidur lagi Fina? Esok kau tak kerje ke?” soal Pn. Rose sebaik sahaja pintu bilik Fina dikuak. Terkejut Fina yang sedang terbaring di atas katil.

“Mak, boleh tak ketuk pintu bilik dulu before masuk? Ni buat orang terkejut je,” rungut Fina sambil merenung ke arah Pn. Rose.
“Hello, mak dah ketuk banyak kali pintu bilk kau ni, siap bagi salam lagi. Kau je yang tak respon. Mak tengok pintu kau tak berkunci, mak masuklah. Yang kau duk mengelamun ni kenape? Ade masalah negara ke? Ke harga minyak naik? Kalau harga minyak naik kau bimbangkan, kau naik je lah bus. Safe sikit duit kau,” ujar Pn. Rose sambil melabuhkan punggungnya di katil Fina.

“Mak, ni bukan masalah negara mak. Bukan masalah harga minyak naik. Ni masalah dunia mak. Masalah umat akhir zaman,” 

“Masalah umat akhir zaman? Cube kau terangkan sikit Fina. Straight to the point. Kan senang,” ujar Pn. Rose yang masih lagi kabur dengan apa yang dikatakan Fina.

“Mak, mak pernah tak jumpe lelaki yang kacak, kaya, badan tough, kire full package la mak, tapi tak straight?” jelas Fina sambil merenung tepat kea rah Pn. Rose.

“Kau maksudkan lelaki homokseksual? Mak tak pernah pulak jumpe tapi mak ade jugak lah terbace kat paper. Sebab, tiap-tiap hari mak duduk rumah, pergi pasar, balik pasar, masak, kemas rumah. Paling-paling mak jumpe orang dekat pasar je lah. Lagi satu, jiran-jiran kau ni ha. Mane la mak nak jumpe lelaki macam tu. Yang kau ni kenape tibe-tibe je cakap pasal lelaki homoseksual ni? Bos kat tempat kerja kau tu sesuatu ke?” soal Pn. Rose ingin tahu. Posisi badannya dikemaskan, menanti sesuatu yang menarik dari Fina.


“Eh mak ni, tak baik tuduh bos orang macam tu la. Bos Fina semue ok, tapi kawan die yang baru balik dari New Zealand tu je yang tak berape nak ok,” jelas Fina.

“Die mesti nak mengorat kau kan?” soal Pn Rose. Fina hanya mengangguk.

“Kan mak dah cakap. Jangan menipu orang. Kau sibuk nak berlakon jadi lelaki kan? Kan kau sendiri yang dah susah. Kau tanggung la sendiri nak oi, mak tak nak masuk campur. Mak dah warning kau awal-awal kan hari tu. Gasaklah kau Fina, pandai makan, pandai lah kau simpan,” ujar Pn. Rose penuh sinis. Fina terdiam.

“Tapi mak...”

“Eh, kejap. Mane kau tahu kawan bos kau tu tak straight? Kau tak baik serkap jarang orang Fina. Entah-entah dia tahu yang kau tu perempuan kot. Perempuan yang menyamar jadi lelaki. Sebab tu lah die try nak ngorat kau,” duga Pn. Rose.

“Fina pun ade terfikir macam tu jugak mak. Tapi, macam mane pulak die boleh tahu yang Fina perempuan mak?” soal Fina.

“Fina, bos kau tu je yang bute. Orang lain, kalau tengok kau, memang dah boleh agak kau ni perempuan. Dah lah Fina. Kelopak mata mak ni dah berat sangat ni. Esok nak bangun pagi. Nak masakkan kau sarapan. Kau kan pergi kerja awal,” ujar Pn. Rose sambil melangkah keluar dari bilik Fina.

“Ala mak, Fina tak habis lagi nak cerite ni,” rungut Fina.

“Kau nampak ikan emas dalam akuarium tu? Kau cakap la dengan die. Mak dah tak tahan ni. Selamat malam Fina. Assalamualaikum,” ujar Pn. Rose lalu menutup pintu. Fina menjawab salam lalu matanya melihat ikan emas di atas meja biliknya. Ape lah mak ni, ade ke surruh aku cakap dengan ikan emas ni. Bisik hati Fina.


**********************************************************************************


Sofea melangkah menuju ke arah Cupcakes Princes. Keayuaannya terserlah dengan baju kurung cotton berbunga kecil dan juga solekan tipis yang dikenakan ke atas wajahnya. Cukup membuatkan setiap mata yang memandangnya terpersona.

“Selamat datang ke Cupcakes Princes,” ujar Fina yang kebetulan berada di hadapan pintu masuk. Sofea melangkah masuk sambil melirikkan senyuman ke arah Fina. Cantik gile perempuan ni, getus hati Fina.

“Hye Cik. Selamat datang ke Cupcakes Princes? Ade ape-ape yang boleh saya bantu?” ujar Ben penuh mesra.

“Boleh, I nak beli cupcakes. Tapi tak nak yang half dozen. Boleh tak kalau I nak 3 pieces je? I’m on diet sekarang ni,” soal Sofea yang begitu tekun melihat cupcakes yang tersusun cantik di ruang display booth. Dilihatnya satu per satu dengan penuh rasa berselera.

“Boleh, for sure. Cik nak yang mane satu?” soal Ben.

“Tak perlu nak bercik-cik dengan I. Just call me Sofea. And you?”

“I’m Benjy. Just call me Ben. Ok Sofea, kat Cupcakes Princes ni, kami menawarkan lebih dari 35 jenis cupcakes. Pelbagai rasa mengikut citarasa. Semua yang ada di sini adalah hasil dari tangan saya sendiri. Dijamin halal,” begitu ramah Ben melayan pelanggannya. Matanya tidak berkelip memandang Sofea.

“Ye ke you buat sendiri ni? I suke lelaki pandai masak ni. Rambang mate I tengok semua cupcakes you ni. Any suggestions Ben? But, I tak nak Red Velvet cupcakes tu,” ujar Sofea sambil menuding jarinya ke arah Red Velvet cupcakes yang ada kisah disebaliknya.


Red Velvet cupcakes

“Oh, I baru nak recommend Red Velvet cupcakes. Tapi takpe. Since you tak nak Red Velvet cupcakes, ape kate you try Chocolate Dream cupcakes ni. I tahu you mesti suke chocolate kan,” duga Ben.


“Mana you tahu ni? Macam ahli nujum la you ni. Okeh la, I nak 3 Chocolate Dream cupcakes. Bungkus ye. I nak pergi office ni,” pinta Sofea. Tanpa melengahkan masa, Ben mengambil cupcakes yang diminta Sofea lalu dimasukkan ke dalam kotak dengan begitu teliti supaya cupcakes tersebut berada dalam keadaan yang baik.


Chocolate Dream Cupcakes

“Berapa semue sekali?’

“RM 11.10 Sofea,” ujar Ben. Sofea menghulurkan 2 keping not RM 10 lalu mengambil kotak cupcakes dan beredar tanpa mengambil baki duitnya.

“Sofea, ni baki duit you,” jerit Ben dari kaunter.

“Eh, terlupa pulak nak ambil baki,” ujar Sofea lalu pergi mendapatkan baki duitnya. 

“You memang suke kan tak ambil duit baki,” ujar Afry yang baru sahaja tiba. Sofea memandang wajah Afry. 

“Eh you, ingatkan you tak kerja lagi kat sini lagi dah,” ujar Sofea. 

“I baru sampai ni. Jalan jam tadi,” jelas Afry sambil matanya tak berkelip melihat Sofea. Fina yang dari tadi sibuk mengelap cermin, memerhatikan perlakuan Afry. Dasar lelaki, pantang nampak perempuan cantik, terbeliak biji mata. Getus hati Fina.

“Oh ok. I nak kene gerak ni. Takut lambat pulak masuk office. Ok, bye,” ujar Sofea lalu melangkah keluar dari Cupcakes Princes. Afry melihat wajah Ben yang tidak berkelip memandang Sofea.

“Hoi, mate kau tak berkelip kan nampak perempuan cantik!” tinggi suara Afry. Ben tersedar dari khayalnya.

“Ala, biaselah. Aku kan normal. Biasalah lelaki normal tengok perempuan cantik mata tak berkelip. Tak macam kau,” sinis Afry.

“Ape maksud kau Ben? Kau nampak penumbuk aku ni? Muat-muat je muke kau ni,” geram Afry disindir abangnya sendiri.

“Rileks la bos, pasal perempuan pun, adik-beradik pun nak gaduh ke?” sampuk Fina. Afry dan Ben terdiam lalu memandang Fina dari atas ke bawah. 

“Yang ni kau punya. Yang Sofea tadi aku punya,” ujar Ben sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Fina dan terus melangkah ke dapur. Afry terkesima dengan kata-kata Ben. Begitu juga Fina. Mereka saling berpandangan.


**********************************************************************************


“Assalamualaikum Yuyu. I’m sorry sebab I tak dapat nak hantar you pergi kerja. I pun dah lambat nak pergi kerja ni. I terbangun lambat tadi. I lupe nak set alarm,” ujar Eith sambil membetulkan keretanya di ruang parking. 

“Waalaikumussalam. It’s ok Eith. I pun dah sampai office ni. I mintak tolong office mate I ambil I kat rumah. But Eith, please make sure, lain kali bagi lah tahu awal-awal. Takdelah lah I nak kelam kabut macam pagi tadi. Nasib baik office mate I ade, kalau tak, memang I ambil MC je lah hari ni,” ujar Yuyu sambil menyusun fail-fail yang berterabur di atas mejanya.

“Tu lah, I dah cakap. You ambil la lesen. Tak perlu susah-susah macam ni,” ujar Eith sambil melangkah keluar dari kereta. BlackBerrynya didekatkan ke telinganya.

“You nak cakap yang I susahkan you la ni?” soal Yuyu tidak puas hati dengan kata-kata Eith.

“Ape yang you merepek ni. I bukan maksudkan yang you susahkan I ke ape. At least, bile you ade lesen, kan senang you nak bergerak. Papa you dah belikan kereta untuk you kan. Ok, Yuyu. I pun dah lambat ni. I call back you later. Nanti I bawakkan cupcakes untuk you ok. Bye sayang,”

“Bye Eith,” balas Yuyu ringkas lalu mematikan talian. Perasaan geram mula mengusai ruang hatinya. Terasa hatinya dengan kata-kata Eith.

Eith menyisipkan BlackBerrynya ke dalam poket seluar lalu bergegas ke arah Cupcakes Princes. Langkahnya di atur pantas. Dia tidak mahu menghampakan harapan emak kandungnya dan juga adik-beradik tirinya. 

“Eh, Eith. You buat ape kat sini? Soal Sofea. Eith terdiam. Dipalingkan mukanya ke belakang. Wajah yang tidak asing bagi dirinya. Sofea, housemate Yuyu.

“Eh, Sofea. You buat ape kat sini?” gugup nada suara Eith. Peluh di dahinya dilap.

“I baru lepas beli cupcakes ni. You pulak buat ape kat sini?” soal Sofea sambil matanya melihat ke arah sulaman di kemeja yang dipakai Eith. Diperhatikannya penuh teliti. Ya! sama dengan sulaman di kemeja Ben.

“You kerja kat Cupcakes Princes ke Eith?” aju Sofea sambil merenung tepat ke wajah Eith. Eith tidak keruan dengan soalan yang diajukan Sofea. 



Bersambung...


p/s: terima kasih kerana sudi membaca dan setia menantikan kehadiran Cuppies 10....nantikan kisah seterusnya dalam cuppies yang berikutnya ...sebarang komen  daripada korang, amatlah dihargai...

p/s/s: Jika suka, sila share kan link Cupcakes Princes ini di Facebook korang atau tweetkan sahaja di laman twiter...

p/s/s/s: jika ketinggalan membaca cuppies yang sebelum ini, sila klik link di bawah: 


10 comments:

jxlilah said...

akhirnya, setelah sekian lama menunggu, ada pun sambungan

Unknown said...

thanks untuk episod 10..tak sbr tunggu next episode..hehe =) Like

mr.F said...

@jalilah afifahterime kasih sebab setia menunggu :)

mr.F said...

@GnieSyazniu r almost welcome :)

Daya said...

haizz~~ mcm tak puas lak bce episod10 . senarai pelakon takder ke? hee

mr.F said...

@Dayahahaha...susahkan nak puaskan hati orang...senarai pelakon biasenye akan keluar bile cerite ni habis...

cik dot said...

akhirny kuar pon episod 10. pnt tgu. huhu
nak tny r. gmba cupcakes tu sdp gler. smue tu mmg nma btul cupcakes tu ke? cntik3 plak. syg nk mkn klau ad kat dpn mta. hehe >_<

mr.F said...

@cik dotyup, name tu name betul cupcakes...memang sedap...tapi xde mase nk try buat sendiri =,=

~~nAzIrAh aShAr~~ said...

falihin..cpt2..ak nk bce smbgn ye!!hek3

Miszyuyu said...

mula memerhati Yuyu & Eith.. hahah tetiber =p

ShareThis