As salam readers..Bertemu lagi ye dlm segmen cuti-cuti masak bersama "HOT CHEF" anda.___________. Dah lame rasenye tak masak...Dah cube try test resepi before this? kalau belom, klik link di bawah untuk ke page resipi itu:
- THAI-STYLE CHICKEN KERABU
- STEAMED EGG WITH HAILAM SAUCES
- ROJAK NUGGET AYAM BANDUNG
- STRAWBERREO CHEESE CAKE
- CHOCHOLATE STRAWBERRY MILKSHAKE
- HOMEMADE BLUEBERRY CHEESE TART
- SAVOURY BREAD PUDDING WITH BOLOGNAISE SAUCE FILLING
Ok, untuk kali ni, Hot Chef yg x seberape nk hot ni, nak ajar care-care buat MAGGI GORENG BUMBU CHIANG MAI, menu khas dan simple untuk sesiape yang sedang menjalani program penurunan berat badan- YE KE? hahahah
Ok, resipi ni sangat mudah, pejam mate pun boleh buat., even hantu kak limah pun boleh buat..hahaha...bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat MAGGI GORENG BUMBU CHIANG MAI ni adalah seperti yang berikut:
- 2 bungkus Maggi yang telah dicelur dengan air panas
- Daging ayam yang telah dihiris
- 5 biji bebola daging yang dipotong dadu
- 1/2 biji bawang besar yang dipotong dadu
- 3 biji cili padi yang ditumbuk
- 50g kacang tanah yang telah digoreng dan ditumbuk kasar
- 3 sudu besar cili boh
- 1 sudu sos plum
- secawan susu rendah lemak
- secubit garam
Now care nak buat, simple je, pejam sebelah mate pun boleh buat (kang pejam dua-dua lai pulak yang jadi kan~)
Mula-mula, panaskan minyak, tumiskan bawang besar sampai wangi dan masukkan cili boh dan cili padi yang telah ditumbuk - biarkan sampai naik minyak - masukkan sos plum |
Ok, lepas tu, masukkan pulak hirisan ayam dan bebola daging...biarkan sampai bila-bila...hahahha |
Next, masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk kasar...masukkan garam secukup rasa |
Lepas tu, pergi perah susu lembu, picit elok-elok, takut lembu marah..bagi yang takde bela lembu, pakai je susu rndah lemak...sihat betul kan..hahaha |
Lepas tu, masukkan je maggi yang telah dicelur dengan air panas...ambil manggi je, yang rempah die tu simpan buat pekasam...lepas tu, gaul sehingga rata dan mesraaaaa~ |
Lepas tu, siap....hidangkan mengikut kreativiti masing-masing...yang penting aromanya pasti membangkitkan selera...nak lagi sedap perahkan sedikit limau nipis sebelum makan....perghhhh...mantap! Tapi mesti korang tertanya-tanya kenapa bumbu chiang mai kan? hahah..sebenarnye, aku main bubuh je name tu...bagi ade nilai komersial!
Itu sahaja untuk kali ini...semoga berjumpe lagi dalam episod CUTI-CUTI MASAK yang akan datang bersama HOT CHEF dambaan malaya...kah kah kah
11 comments:
cam sedap je hehehhe.. nice try.
@selipar hijau mestilah..hehehhe
lovely outcome with maggie but I rather use real noodles to cook as plenty of other ingredients are added inside.
Maggie is a quick meal for those in a hurry with hot water poured on top.
nak try lah lepas ni..sedap jer nampak
oh tidak.. mcm terliur nga megi! *dah lame gileeee x mkn.. sthun lbeyh kot!*
wah....macam sedap!
wah..macam sedap!
@Nava Krishnan its depend on people taste =)
@CutieIntan try je, bukan susah sgt masak ni pun...
@emeera asnary lame gile tak makan...nape ea?
@nonon787 bukan mcm, tapi mmg sedap =)
Post a Comment