Pages

V.I.P BLOG KU

Sunday, December 4, 2011

SEBAB LAGU NAJWA LATIF - CINTA MUKA BUKU MASUK KE FINAL AJL 2011 !

Assalammualaikum readers dan salam 1dunia....





Oh, aku dengar ramai yang tak puas hati lagu Cinta Muka Buku masuk Final AJL2011...Apesal? Korang mesti ade sebab tersendiri kan...or maybe korang ni memang anti Najwa Latif sebab die femes dari korang yang bersusah payah, siang malam cari harte...kan? Ok, mari aku terangkan kenapa lagu Cinta Muka Buku nyanyian adik Najwa Latif ni dapat masuk ke AJL 2011....(aku bukan student seni muzik apatah lagi ahli muzik...i'm just a layman that have my own point of view....so kalau tak suka, korang tak payah lah ngadap facebook....)



  • First of all, dah memang rezeki Najwa Latif nak ke final...semuanya dah ditentukan takdir...siapa korang nak mengubah takdir? Nak mengubah lagu pun tak reti...inikan pula nak kondem lagu orang....

  • Ingat lagi tak bila first time korang dengar lagu Cinta Muka Buku? Korang dengar kat mana? Youtube? Facebook? Blog? Radio? TV? Ok, apa reaksi korang bila first time dengar lagu ni? Mesti korang tertanya-tanya siapa gerangan penyanyi lagu Cinta Muka Buku ni kan? Lepas tu korang punyalah bersusah payah nak Google pasal Najwa Latif ni, cari Facebook dia,,,cari tweeter dia...Tak kira korang suka atau tidak, korang mesti cari jugak kan? Sebab kalau korang minat, korang mesti nak kenal, kalau korang tak suka, korang mesti nak kutuk...so, at the time, lagu Cinta Muka Buku mula menguasai diri korang....sama ada secara positif or negatif....

  • Lagu ni cathcy...maksud lain senang ditangkap dan if korang perasan, bila korang dengar lagu ni, korang mesti terikut dalam hati secara tidak sedar...cuma korang tak zahirkan...dan bila ego mula berkata; ala, lagu ni macam lagu budak sekolah je...malas lah nak layan...tapi bila dah hari-hari dok ulang kat radio...mana tahan korang nak tekan butang station radio lain selalu....

  • Lagu Cinta Muka Buku adalah sesuatu muzik dengan nafas yang segar...bukan tipikal malay balad song yang meleret-leret menantikan cinta walau sedetik lebih dan akhirnya berkahir dengan beribu sesalan....hello...come on la....now 2011....bukannya zaman teratai layu di tasik madu!

  • Disebabkan Najwa Latif adalah artis muda yang terhasil dari youtube..maka, faktor ini sedikit sebanyak memainkan peranan dalam menempatkan lagu Cinta Muka Buku ke final AJL 2011...ala korang pun asyik ngadap Facebook je pun kan...kira lagu ni macam tribute to korang yang mencari jodoh or flirting kat Facebook sehinggakan sanggup buat 2-3-4 account sebab nak flirt....kan? LOL!

  • Ok, ni last point....sebab apa lagu Cinta Muka Buku dapat masuk final? Sebab....yang adili lagu tu, mereka yang arif pasal bidang tersebut...korang yang setakat dok huha huha petik gitar tepi jalan...or even nyanyi pun setakat menghiburkan hati sendiri....tak payah nak kondem sangat la...masing-masing punya rezeki...Nak kata guna kroni...Najwa Latif bukannya bintang keluaran Mentor pun...Even semua peserta Mentor tak masuk pun final (penat Salma terjerit-jerit semalam...kan....) =,=



Now, kita tunggu dan lihat sajalah....kalau Cinta Muka Buku menang AJL...aku rasa banyak yang akan pegang pahat sebab nak ketuk dahi sendiri setelah rumah yang telah siap, tak seperti yang diinginkan...by thw way, aku bukan fans of Najwa Latif...tapi aku suka dengar lagu dia sebab easy to my ears...dan lagi satu... Good luck Yuna for both Penakut and Gadis Semasa....tapi aku lebih prefer Penakut!


Ini tidak adil tidak adil baginya....



Lagu yang berjaya ke final AJL 2011 yang akan berlangsung pada 29 Januari 2012 :


1.  Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan    Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)  Kalau berpacaran- Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali dan Altimet

2. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)

3.  Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)

4.   Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

5.  Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)

6.  Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)

7.   Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

8.  Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)

9.  Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)

10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)

11.  Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)

12.  Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)


p/s: jangan taksub sangat....aku pun saje je nak panaskan line ni.....

13 comments:

Lady Leaya said...

tapi lirik die biasa je. xlayak bawa bertanding. (muka xpuas ati)

Unknown said...

entah, orang dok bising2 cakap lagu najwa latif x layak la ape lah.yg duk kutuk tu tahu apa je ttg muzik.setakat dok karok dekat karaoke jamban,baek lupakan.mugkin ada kekuatan dalam lagu ini.siapa tahu

Kairin said...

apa apa pun...she deserved it....she had courages untuk post video2 cover dalam youtube...

Nik said...

maybe diorang tak suka sebab rasa ade lagi lagu lain yang layak kot.tapi nak buat mcm mana.dah juri yang suka lagu tak kan.
tak puas hati pun bukan blh buat apa2 :)
nasib baik faizal tahir dapat masuk..hehe

kusyi said...

xsuka la lagu cinta muka buku yg masuk ajl. haha.. kalau carta hati oke lah. walau apepon! ai minat 3 suara dan ana raffali.. haha..

MR. SYAH said...

aku suka suara najwa latiff.. lunak.. best gler..

aliya mansor said...

@Lady Leaya ala2...macam la ko pandai tulis lirik...ske2 aty je x puas hati dgn karya orang lain..ce tulis lirik sikit nk tgk...buat lagu kanak2 je pon belum tentu ko boleh

hazwan said...

aku x suke sbnrnya tp siyes lagu tu mmg mesra telinga haha

pujangga said...

tak amik pusing sgt pasak AJL ni..

Anonymous said...

ahaha ...kite tgk die pakai bju pengawas lagi x mase AJL nnt hahaha ... tp aku suke beribu sesalan masuk fnal.. klau menang lg best! sbb diirg ber3 tu ade aura ..wohoo.

Anonymous said...

aku dulu amk jurusan performance art, bila aku dengar lagu najwa ni..siyes cakap la...tak der apa yang menarik pun!!!..intonasi plak senada jer...tak menguji vokol pun! lagi satu...najwa sendiri pun aku rasa la paling lama pun 2 tahun jer stay dalam industri...tau kenapa??..coz dia sebenarnya hanya nak cari glamor jer....tgk ana rafali leh masuk dia pun nak try..cuba ko suruh dia men instrument betul2..sure tak bleh...kalo masa belajar kat sekolah..belajar jer lah...KPM pun tak suke student masuk benda camni...lagho jer semua ni!!!

Anonymous said...

Dulu saya tak kenal pun siapa Najwa Latif nie.Bila pertama kali dengar lagu Cinta Muka Buku kat Youtube,lagu ini memang best.Saya nak puji Najwa nie,dia pandai berdikari dan berbakat pula tue dan yang penting,pandai mencipta muzik.Setakat ini,Najwa je yang artis muda yang cipta muzik sendiri.Yang kutuk dia pun,bukannya bayaran dapat kat awak,Najwa juga yang dapat.Sekarang nie dah beli Myvi secara tunai!Mana ada budak umur 17 tahun beli kereta dengan duit sendiri malahan secara tunai pula tue...Jangan kutuk,kita tak boleh nak halang orang nak buat apapun.Tak suka,tak payah tengok dan dengar.Senangkan?

Anonymous said...

Whteverr ihnl

ShareThis